Dr Noor Hisham Mendedahkan Sesuatu Mengejutkan Pengumuman Tentang Minggu Depan. Agak Pelik Diawalkan Pendedahan Tersebut

Selepas lebih tiga bulan menjadi perhatian rutin baru orang ramai ketika wabak Cov-19, sidang media Kementerian Kesihatan tidak lagi akan menjadi urusan harian bermula pada minggu depan.

Walaupun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini virus tersebut.

“Dan kita tetap akan menjalankan atau memberi maklumat yang terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan jarakkan sidang akhbar.

“Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan media yang telah kerja keras untuk sama-sama menjayakan untuk memutuskan penularan jangkitan Cov-19 di dalam negara,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau tidak memberikan perincian mengenai jadual sidang media yang baru. Taklimat Cov-19nya esok akan berjalan seperti biasa.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan kemudian mengesahkan bahawa kemas kini setiap hari akan berterusan dalam bentuk kenyataan akhbar.

Perubahan ini berlaku sejak kes Cov-19 di Malaysia menurun pada beberapa minggu kebelakangan.

Noor Hisham telah mengadakan taklimat Cov-19 melalui siaran langsung pada setiap hari dari 27 Februari.

Sepanjang tempoh itu, sidang media itu pernah ‘cuti rehat’ sebanyak dua kali, pada 9 Mei dan hari pertama Hari Raya Aidilfitri.


Terdapat 43 jangkitan baru Cov-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,445, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Daripada 43 kes baru yang dilapor, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warga Malaysia dan satu kes bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap,” kata beliau pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, daripada 38 jangkitan tempatan, 15 melibatkan rakyat Malaysia, dan 23 lagi bukan warga negara Malaysia.

“Sebanyak 21 kes telah dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang telah dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Satu kes saringan di Pasar Pemborong Sayur, oleh Pejabat Kesihatan Penampang, Sabah.

“Satu kes saringan pekerja ladang warga asing di Temerloh, Pahang,” katanya lagi.

Bagi jangkitan tempatan Malaysia, tujuh dikesan dari sekolah Tahfiz, iaitu dua di Selangor, tiga di Negeri Sembilan, dan masing-masing satu di Perak dan Melaka.

Satu kem4tian baru juga antara kes jangkitan yang baru dilaporkan, menjadikan jumlah kem44tian sebanyak 120 orang.

Mangsa terbaru melibatkan seorang wanita warga negara Malaysia berusia 96 tahun yang meninggal di rumah di Sabah pada 12 Jun lalu dan didapati positif setelah jen4zahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth. Punca jangkitan masih dikesan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.