Dua Beradik Terima Serentak

JOHOR BAHRU: Latar belakang ibu bapa sebagai pendidik mendorong dua beradik untuk berusaha ke arah kerjaya itu, malah lebih manis berjaya mengg3nggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) serentak pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-64, di sini, hari ini.

Dr Sarah ‘Atifah Saruchi, 32, memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), manakala adiknya, Dr Sarah Athirah, 30, dalam Perbankan Islam dari Azman Hashim International Business School (AHIBS).

Sarah Athirah berkata, ayah mereka, Saruchi Sawal, 57, adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, manakala ibunya, Haliza Abd Manaf, 57, pula guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang, Temerloh, Pahang.

“Umpama jadi pemain beregu, kami turun ke gelanggang sama-sama, kami menang bersama dan jurulatih kami adalah penyelia dan ibu bapa, manakala penonton adalah rakan seperju4ngan.

“Inspirasi kami dan cita-cita kamu mahu jadi pengajar kerana ibu bapa juga adalah cikgu. Sewaktu daftar untuk menyambung pengajian pun bersama-sama, walaupun bidang berlainan, tapi cab4ran lebih kurang sama, susah kita sama-sama.

“Kejayaan ini semestinya terhasil kerana Tuhan memberikan idea, kudrat dan keizinan untuk kami menghasilkan tesis dan beberapa makalah, selain sentiasa yakin bahawa dengan izin-Nya akan memberikan jalan dalam setiap kesusahan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dua beradik itu bukan hanya bergraduasi dalam masa ditetapkan (GOT), malah niat mereka itu sudah bermula sejak Ijazah Sarjana Muda lagi apabila Sarah ‘Atifah menamatkan pengajian di Universiti Nagoya, Jepun, manakala Sarah Athirah menamatkan pengajiannya di Universiti Yarmouk, Jordan, pada 2013.

Kedua-duadnya kemudian memperoleh Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, masing-masing pada 2015.

“Kami turut membabitkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum ketika menuntut pengajian PhD di UTM seperti Pertandingan 3 Minute Thesis di peringkat universiti.

“Sudah menjadi norma kehidupan kami pada ketika itu untuk saling membantu dalam memberikan sokongan material termasuk m3ntal sehingga kami mampu menjayakan apa yang diidamkan,” kata Sarah Athirah.

Kakak, Sarah ‘Atifah yang juga penerima biasiswa Zamalah UTM, terpilih sebagai seorang daripada penerima Best Postgraduate Award pada sesi konvokesyen tahun ini serta ditawarkan bekerja sebagai Pensyarah di UCSI, Kuala Lumpur.

Adik, Sarah Athirah pernah berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru sebagai Pensyarah Kanan sebelum ditawarkan sebagai Pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.