Dulu Mat Remp!t, Sekarang Jadi Usahawan berjaya

“SUATU ketika dulu, saya suka main motor sampai jam tiga atau empat pagi tetapi meninggalkan aktiviti sia-sia itu selepas menerima leteran ibu dan kemudian mengusahakan projek tanaman tebu komersial,” kata Abd Rahim Amil, 29, dari Kampung Pulau Labu, Labu.

Abd Rahim berkata, dia memulakan projek sebagai pembekal tebu asli itu pada awal 2011 di tanah milik kedua ibu bapanya di kampung berkenaan membabitkan tanaman seluas 0.4 hektar.

Usahawan muda itu berkata, selepas setahun melaksanakannya, kawasan tanaman tebu diperluaskan dan sehingga kini terdapat kira-kira tiga hektar termasuk sebahagian projek itu dijalankan di Tampin.

Menurutnya, dia pernah mengalami kerugian lebih RM60,000 pada 2018, apabila ladang tebu yang ditanam di tanah yang disewa seluas empat hektar di Kampung Durian Daun Rembau, mvsnah diteng3lami banj!r.

“Ketika itu, saya hampir kec3wa kerana modal yang besar sudah dilaburkan ke atas projek di Rembau itu, tetapi ibu saya (Rohimah Mohd Nor, 53) serta adik beradik lain terus memberikan sokongan.

“Sokongan mereka ternyata memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan projek tanaman tebu ini dan setakat ini ia menampakan hasil memuaskan walaupun pelbagai

cab4ran terp4ksa ditempuh,” katanya ketika ditemui di tapak projeknya di Kampung Pulau Labu, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Rahim yang masih bujang itu berkata, setiap 0.4 hektar tanah mampu menghasilkan kira-kira 2,000 rumpun tebu atau keseluruhan kira-kira 20,000 batang.

Menurutnya, tebu boleh dituai dalam tempoh lapan bulan pada tahun pertama projek itu dan antara lima ke enam bulan pada tahun kedua.

Katanya, selain untuk pasaran tempatan, tebu yang dijual pada harga antara RM2 dan RM3 sebatang itu turut dipasarkan ke Singapura melalui syarikat di Johor Bahru.

“Secara keseluruhannya, dalam tempoh setahun atau dua kali tuaian, projek ini mampu menghasilkan antara 120,000 hingga 125,000 batang tebu, yang mampu meraih nilai jualan kira-kira RM240,000 atau sekitar RM20,000 sebulan,” katanya, yang dibantu empat orang pekerja tempatan.

Mengenai ilmu dan kemahiran yang diperolehi, Abd Rahim berkata, dia mendapat tajaan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) untuk mengikuti kursus pengurusan ladang selama setahun di Jepun pada 2016/2017.

“Saya antara lima peserta yang berjaya terpilih daripada 50 permohonan dan ilmu serta kemahiran itu banyak membantu dalam melaksanakan projek tanaman tebu ini,” katanya.

Menurutnya lagi, selain MOA, agensi di bawah kementerian itu seperti Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan (LPPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Seremban, banyak membantu dari segi khidmat nasihat dan peralatan ladang.

Abd Rahim berkata, ketika ini dia dalam proses mengembangkan lagi projek berkenaan dengan mengeluarkan air tebu botol yang diproses di kampung bermula Mac lalu.

“Saya berhasrat untuk pergi lebih jauh dalam melaksanakan projek berasaskan tebu ini dan berharap dapat mengeluarkan minuman air tebu sebanyak 10,000 botol menjelang awal tahun hadapan,” katanya.

Sumber-MH