Elemen Penting Buat Gergasi Merah

KUALA LUMPUR: Mengu4sai permainan atas padang dan men3kan l4wan hingga melakukan kesil4pan menjadi antara elemen yang terkandung dalam falsafah atau cara permainan baharu bola sep4k Selangor.

Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner menerusi video yang disiarkan di YouTube Selangor FC menjelaskan falsafah atau ‘DNA’ The Red Giants dicipta berdasarkan sejarah pasukan itu.

Malah, beliau berkata cara permainan jangka panjang itu diterapkan pada peringkat akar umbi dalam memastikan Selangor dapat melahirkan lebih ramai bakat masa depan dalam sukan bola s3pak.

“Kami mencipta DNA khas berdasarkan sejarah pasukan. Kami adalah Red Giants dan sebagai ‘Giants’ kami harus mengu4sai di atas padang dan inilah yang ingin diutamakan dalam DNA kami.

“Kami mahu menjadi aktif, kami mahu memberi tek4nan kepada pihak l4wan. Kami tidak mahu menunggu kesilapan tapi kami ingin men3kan mereka untuk melakukan kes4lahan.

“Inilah perbezaannya dan ini ada dalam DNA kita secara hitam putih, kami sudah mencipta banyak situasi di mana kami melihat secara terperinci bagaimana kami mahu bermain.

“Tetapi DNA ini didasarkan daripada sejarah besar kami yang memperoleh banyak gelaran. Jadi, untuk seorang pemain Red Giants kita memerlukan DNA yang dominan,” katanya.

Selain itu, Feichtenbeiner menjelaskan banyak perkara yang perlu ditumpukan pihaknya terutama dalam peralihan bola s3pak moden ketika ini.

“Kami perhatikan perkara ini dan memerlukan intensiti tinggi dalam permainan dan kami memerlukan pemain yang berani mengambil ris!ko.

“Mereka bekerjasama dan memiliki semangat berpasukan yang baik serta bijak dari segi m3ntal sebagai Giants. Kami mahu ment4liti kemenangan daripada pemain,” katanya.

Sumber BH