Enggan Berselindung Mengenai Perkara Terbabit

Kuala Lumpur: Hanya katakan perkara benar dan semua pihak tahu bayaran hak penyiaran Liga Malaysia (Liga M) serta elaun pengadil belum dibayar.

Itu antara perkara yang dijelaskan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berhubung dakw4an Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih ‘berhutang’ berkaitan perkara terbabit sehingga sekarang.

Beliau yang enggan bersel!ndung mengenai perkara terbabit menyatakan bahawa pengendali liga berkenaan tidak pernah mengemukakan audit kepada pemegang t4ruh lain sekali gus menimbulkan persoalan sama ada pembayaran itu akan diterima atau sebaliknya.

Katanya, perkara terbabit dided4hkan bukanlah mahu membuka aib pengendali liga itu, namun lebih menuntut hak pasukan yang kini mengh4rungi pelbagai cab4ran berikutan pand3mik Cov!d-19.

“Saya sebagai ahli perniagaan sudah bersedia dengan cab4ran yang akan melanda terutama apabila mengambil alih Kelantan FC sekali gus mengetahui bakal menghadapi beberapa perkara nanti.

“Namun, jika perkara terbabit benar dan sememangnya pemegang t4ruh tidak mendapat bayaran hak penyiaran Liga M serta isu elaun pengadil, adakah salah jika saya menyuarakan perkara itu?

“Jika diikutkan, pemegang taruh diberitahu mengenai audit yang dilakukan MFL selain tidak pula memanggil ke mesyuarat agung tahunan dan sekarang ini menuding jari pula apabila mend3dahkan perkara betul,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, kecoh di media sosial, apabila Norizam mempersoalkan bayaran hak penyiaran Liga M serta elaun pengadil.

Norizam turut mempersoalkan tindakan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan Kelantan FC akan dip0tong tiga mata dalam Liga Perdana musim ini jika Persatuan Bolas3pak Kelantan (Kafa) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

FAM bagaimanapun menafikan kenyataan itu, selain memb!das pemilik Kelantan FC itu kerana ‘meny3rang’ mereka tanpa memeriksa ketepatan laporan media.

Sementara itu, berkaitan hutang yang perlu dilunaskan Kafa pula, Norizam berkata, perkara terbabit sudah dipersetujui badan induk bola s3pak negeri itu untuk menyelesaikannya.

“Kami sudah mengadakan perjumpaan pada awal bulan ini dan Kafa menjelaskan akan bertanggungjawab terhadap semua hutang kira-kira RM6.8 juta.,” katanya.

Sumber-MH