Faktor Penarik Minat Pemain Import Ini Kepada Liga Malaysia

FAKTOR persekitaran serta liga yang dikendalikan secara profesional dan kompetitif menjadi daya penarik kepada kehadiran pemain import dari Lubnan kebelakangan ini untuk hadir mencuba nasib bermain di negara ini.

Hakikat itu dikongsikan salah seorang pemain Lubnan yang kian menyerlah bersama UiTM FC, Rabih Ataya, yang mengakui cukup gembira dengan apa dilalui sejak tinggal di sini lapan bulan yang lalu.

Dalam masa sama, pengalaman baik dilalui ramai pemain Lubnan yang pernah bermain di Liga Malaysia (Liga-M) membuatkan dia tertarik untuk mengembangkan kariernya di sini.

“Saya tidak mengetahui banyak mengenai Liga-M sebelum datang ke sini tetapi sejak bermain dengan UiTM, saya rasa berpuas hati dengan kualiti permainan di sini.

“Sebagai contoh, dua perl4wanan saya hadapi JDT (Johor Darul Ta’zim) dan Kedah, dua pasukan yang lihat begitu baik walaupun pasukan saya t3was kepada JDT dan seri dengan Kedah.

“Liga-M semuanya diuruskan secara profesional berbanding dengan apa ada di Lubnan walaupun begitu kompetitf tetapi secara keseluruhannya tidaklah profesional seperti di sini,” katanya.

Mohammed Ghaddar adalah antara nama besar dari Lubnan yang pernah mewarnai sa!ngan Liga-M terutama di Kelantan apabila memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012 selain dengan JDT pada 2017 untuk kejuaraaan Liga Super dan Piala Malaysia.

Ataya sudah menjar!ngkan satu gol selepas empat perl4wanan bersama UiTM FC di sa!ngan Liga Super ketika berdepan PDRM yang menyaksikan kemenangan tunggal buat pasukan dari Institut Pengajian Awam Tinggi (IPTA) itu menerusi keputusan 3-1.

Dia juga menjadi antara pemain import yang menyerlah dalam sa!ngan Liga Super setakat ini apabila aksinya di posisi sayap kanan sentiasa menjadi nadi utama kepada jent3ra ser4ngan UiTM FC.

Sementara itu, Ataya mend3dahkan hampir semua pemain Lubnan memuji Liga-M selain faktor persekitaran di sini amat sesuai buat mana-mana pemain untuk tinggal.

“Ada lima pemain Lubnan yang pernah dan sedang bermain di sini berkongsi pengalaman mereka yang menjadikan saya tidak berfikir panjang untuk datang ke sini.

“Antaranya Jad Nourreddine (Perak), Abou Bakr Al-Mel (Kelantan) dan Hassan Ali Chaito (Terengganu), mereka semuanya beritahu suruh datang ke sini sambil menceritakan semuanya cukup positif tentang di sini termasuk sa!ngan liganya.

“Tambahan saya sebagai seorang muslim, situasi Malaysia sebagai negara Islam memudahkan saya buat keputusan dan selepas tinggal di sini, saya begitu gembira daripada semua segi,” katanya.

Sa!ngan Liga-M akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini membabitkan Liga Super dan Liga Perdana manakala sa!ngan Piala Malaysia akan bermula pada 17-18 Oktober depan.

Sumber-MH