Faktor Tolak Tawaran TFC Dan Pilih Pasukan Baru

Kuala Terengganu: Bekas tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Nasrullah Haniff Johan akui suk4r dan berat untuk meninggalkan skuad itu dalam mengh4rungi cab4ran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Lebih mengh4rukan pemain berusia 30 tahun itu ialah dia meninggalkan skuad Penyu selepas empat musim sejak di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

“Terlalu berat dan suk4r buat saya untuk membuat keputusan meninggalkan pasukan TFC lebih-lebih lagi selepas empat musim bersama skuad itu yang bagaikan sudah menjadi satu keluarga.

“Malah lebih suk4r selepas skuad TFC layak beraksi di pentas Piala AFC dan situasi ini sudah pasti memberi peluang kepada saya untuk merasai bah4ng dalam sa!ngan peringkat Asia itu buat kali pertama dalam karier jika saya terus kekal menyarung jersi pasukan itu.

“Walaupun berat untuk angkat kaki, saya perlu membuat keputusan terbaik demi karier setelah lebih lima tahun berkelana di tempat lain,” kata Nasrullah.

Bekas pertahanan TFC berasal dari Negeri Sembilan itu menjelaskan dia bakal menyarung jersi skuad Hobin Jang Hobin mulai musim 2021 dalam kancah Liga Perdana.

Pemain yang lebih mesra dipanggil Anas itu menjelaskan dia men0lak tawaran untuk terus berkhidmat dengan pasukan skuad TFC bukannya disebabkan tekanan ataupun masalah lain.

“Khidmat saya masih diperlukan TFC musim depan berdasarkan tawaran, tapi keinginan untuk berkhidmat di negeri sendiri membuatkan saya menolak tawaran daripada bekas majikan saya itu dengan meng!kat kontrak selama dua tahun bersama Negeri Sembilan.

“Sepanjang berkhidmat dengan TFC, saya begitu bangga kerana berjaya membantu pasukan muncul naib juara Liga Perdana pada 2017, naib juara Piala Malaysia (2018), ketiga Liga Super musim ini dan paling manis berjaya membantu pasukan layak beraksi dalam pentas Piala AFC musim depan,” katanya.

Berdasarkan rekod pembabitannya, Nasrullah memulakan kariernya bersama pasukan MP Muar, NS Betaria, DRB Hicom sebelum menyarung jersi TFC pada 2017.

Sumber-MH