FAM Sahkan Status De Paula

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan status peny3rang Perak FC, Guilherme De Paula sebagai pemain tempatan.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pengesahan status De Paula akan membuka peluang kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk memanggil pemain kelahiran Brazil itu menyertai skuad Harimau Malaya kelak.

“Cheng Hoe sudah semestinya akan menilai kemampuan De Paula pada aksi Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada hujung minggu ini. Dengan ini, saya percaya Cheng Hoe akan memanggil De Paula untuk menyertai latihan skuad kebangsaan pada 22 Mac nanti,” katanya.

Semalam, Perak FC menerusi catatan di laman Facebook menjelaskan De Paula akan didaftar sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga M musim ini.

Mohd Yusoff yakin penampilan pemain berusia 34 tahun itu bersama skuad kebangsaan, sekiranya terpilih, bakal mempert4jamkan lagi barisan serangan skuad Harimau Malaya.

“Persembahan De Paula dalam Liga M (LIga Malaysia) juga sangat baik… saya jangka beliau merupakan seorang pemain yang boleh kita harapkan untuk menj4ringkan gol,” katanya.

Pengesahan status De Paula itu menjadikan beliau bakal menjadi pemain naturalisasi ketiga negara selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Sumber BH