FB Sekat Video Puji Kecekapan Malaysia Tangani Covid 19?

PADA 18 Mei lalu, Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan ‘Other Side of the Truth’, yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam mem3rangi pand3mik Covid-19, bagaimanapun, Facebook merasakan sebaliknya.

Video bertajuk ‘How Malaysia Did the Imp0ssible’ itu menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.

Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun FB kini menyekat capaian video itu dan iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.

Pfundheller yang jelas kec3wa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lalu mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.

“Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.

“… dan satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan – contohnya memberikan perkhidmatan Internet percuma,” katanya menerusi klip video berkenaan.

“Ini amat meng3cewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam mel4wan Covid-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia,” katanya.

Pfundheller yang juga pakar b3dah pergigian sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau bekerja kras untuk memberikan penghargaan sepatutnya kepada Malaysia.

“… tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsv dan Facebook meny3katnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai p4lsu dan meng3lirukan.

“Saya tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia,” katanya.

Pfundheller berkata, platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.

“Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara, …semuanya perlu mendapat layanan saksama,” katanya.

Sumber-MH