FIFA Iktiraf Beberapa Pengadil Malaysia

KUALA LUMPUR: Meskipun sering terp4lit dengan kontr0versi, Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) membuktikan pengadil mereka ada ‘kelas’ apabila 19 pengadil didaftarkan dan diiktiraf sebagai Pengadil Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) 2021.

Mereka adalah lima pengadil, sembilan penolong pengadil termasuk seorang wanita, tiga pengadil futsal dan dua pengadil bola s3pak pantai yang dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA .

Lima pengadil yang terpilih ialah Mohd Amirul Izwan Yaacob yang juga Pengadil FIFA sejak 2012, Mohd Nazmi Nasaruddin (sejak 2016), Suhaizi Shukri (sejak 2011), Razlan Joffri Ali (sejak 2018) dan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah (sejak 2019).

Kategori penolong pengadil dibarisi oleh Mohd Yusri Muhamad, Mohd Muazi Zainal Abidin, Mohd Shahreen Che Omar, Mohd Harif Md Akhir, Mohd Arif Shamil Abd Rasid, Mohd Zairul Khalil Tan, Mohd Farhan Abdul Aziz, Muhamad Shafiq Ahmad Said dan seorang penolong pengadil wanita, Nur Akmal Anuar.

Tiga pengadil futsal pula adalah Helday Idang, Mohd Ridzuan Rozali dan Mohd Norafendy Norhayalan manakala dua pengadil bola s3pak pantai menampilkan Suhaimi Mat Hassan dan Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.

Selain itu, Mohd Amirul Izwan turut ditauliahkan sebagai Video Match Official (VMO) manakala Mohd Yusri memperoleh tauliah sebagai penolong pengadil bagi perl4wanan yang membabitkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan menyatakan badan induk itu sentiasa mendokong aspek pembangunan pengadil dari semua peringkat kerana mereka adalah nadi kepada pembaharuan pembangunan bola s3pak melalui DNA Peta Hala Tuju F:30.

“Setiap peluang pembangunan dan ruang kerjasama akan digunakan sebaik mungkin untuk melihat pengadil Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengadil tersohor di persada dunia.

“Berpaksikan falsafah DNA F:30 itu, FAM merangka penumpuan kepada semua kategori pengadilan termasuklah futsal, bola sepak pantai dan pembangunan pengadil wanita,” katanya.

Sumber-BH