FIFA Luluskan Permohanan FAM

KUALA LUMPUR: Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) mengesahkan tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia (Liga M) 2021 dilanjutkan dari 12 ke 19 Februari selepas permohonan badan pengelola liga tempatan itu diluluskan oleh Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menerima surat kelulusan permohonan itu menerusi emel daripada FIFA, semalam dan badan induk itu sudah memaklumkan perkembangan itu kepada MFL.

“Tempoh pendaftaran sebelum ini adalah sehingga 12 Februari, namun selepas perjumpaan dengan CEO pasukan, MFL cuba memanjangkan tempoh pendaftaran pertama disebabkan beberapa kesuk4ran dalam tempoh COV!D-19 ini untuk pasukan membuat pendaftaran terutama membabitkan pendaftaran pemain import mereka.

“Justeru, MFL membuat permohonan kepada FIFA menerusi FAM untuk diberikan kelonggaran menyambung tempoh pendaftaran pertama ini kepada 19 Februari 2021.

“Jadi, FIFA sudah meluluskan permohonan MFL menerusi FAM dan ini adalah perkembangan yang baik kepada pasukan kerana kerana mereka mempunyai seminggu lagi untuk memastikan pemain mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi Liga M.

“Kita berharap pasukan akan dapat menggunakan tempoh yang ada sebaik mungkin kerana tidak ada lagi masa tambahan atau penyambungan lain yang boleh diberikan FIFA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ab Ghani melihat kebenaran itu pasti memberi sunt!kan semangat buat pasukan yang sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan bagi memulakan latihan bermula Isnin ini.

“Banyak perkara yang memihak kepada MFL dan pasukan di mana kerajaan membenarkan latihan dan perl4wanan Liga M dijalankan dalam tempoh pand3mik COV!D-19 ini serta kebenaran lanjutan tempoh pendaftaran pertama oleh FIFA.

“Gunakan kelebihan yang diberikan ini bagi memastikan Liga M dapat berjalan dengan baik, ikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) yang diberikan menerusi dua pilihan iaitu ‘home quar4ntine training’ dan ‘camp quarantine training’.

“Maka, semua pasukan harus memastikan agar semua pemain dan pegawai yang terbabit mematuhi SOP ini untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dalam Liga M,” katanya.

Sumber-BH