Fokus Dan Matlamat SAFA Buat Sabah FC

KOTA KINABALU: Persatuan Bola S3pak Sabah (SAFA) memberi fokus untuk melahirkan generasi baharu pemain bola sep4k berprestasi tinggi seperti pemain legenda Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani dan Matlan Marjan.

Pemangku Presiden SAFA Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Sabah mempunyai barisan pemain yang baik pada masa ini namun berpendapat masih kekurangan daripada segi tahap kemahiran dan cara permainan yang dimiliki tiga legenda The Rhinos itu.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata SAFA akan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bola s3pak peringkat akar umbi bagi membangunkan pemain muda yang juga anak Sabah dan mencvngkil bakat mereka untuk diketengahkan sebagai pemain skuad Sabah FC.

“Pemain bola s3pak ini sama seperti ahli politik juga, kena ada pelapis untuk menggantikan pemain (lama) yang sudah penat… jika tidak kita akan jadi terlalu berg4ntung kepada pemain dari luar, sama ada luar Sabah atau pemain import.

“Kita mahu letak harapan kepada muka baharu tetapi sekarang susah hendak cari pemain berkemahiran seperti pemain dahulu, rajin turun ke bawah (bantu pertahanan) dan capai tahap antarabangsa seperti James Wong, Hassan Sani dan Matlan Marjan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan jersi, bola dan peralatan untuk Pertandingan Piala YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin di sini, iaitu pertandingan bawah 18 tahun yang disertai 33 pasukan melibatkan lapan zon di Sabah.

Wong dan Hassan adalah dua peny3rang berb!sa yang dikenali sekitar tahun 70-an dan 80-an, pernah mewakili Malaysia ketika skuad legenda Harimau Malaya itu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas men3waskan Korea Selatan 2-1.

Matlan pula dikenali peminat bola sep4k Malaysia sekitar 80-an dan 90-an, malah peny3rang itu pernah menj4ringkan dua gol ketika mewakili Malaysia men3ntang England A pada 12 Jun 1991 yang berkesudahan Harimau Malaya t3was 2-4.

Bung Moktar berkata bagi membangunkan pemain muda Sabah secara lebih berkesan, SAFA juga akan mengurus sendiri pasukan bawah 22 tahun (B-22) Piala Presiden dan bawah 19 tahun (B-19) Piala Belia untuk skuad Sabah FC.

“Kita juga mengadakan pelbagai pertandingan seperti Piala Presiden, Piala Ketua Menteri, Piala Antara Kelab dan Piala Wanita. Selain itu kita juga fokus bangunkan bola sep4k wanita, pasukan futsal dan bola sepak pantai dan kita ada program sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai Piala YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, beliau berkata pertandingan itu akan diadakan pada 2 hingga 4 Apr secara liga di lapan zon sebelum pemenang akan bermain di peringkat negeri pada tarikh yang ditentukan kemudian.

“Pertandingan ini juga adalah ruang bagi pemain muda kita menunjukkan bakat dan memberi pend3dahan kepada mereka, saya ingin melihat bakat anak-anak Sabah di serata negeri supaya kita boleh gilap mereka dan suatu hari nanti bermain untuk Sabah FC juga negara,” katanya

Sumber BH