Fokus Tiga Aspek

Kuala Lumpur: Tiga penek4nan khusus termasuk memperkasakan bidang kejurulatihan bakal dijadikan fokus utama buat Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee yang percaya misi untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat terletak di tangan jurulatih yang berpengetahuan.

Kim Swee, 50, berkata, selain aspek kejurulatihan, beliau juga akan menjalinkan kerjasama dengan pasukan luar negara bagi memberi peluang buat pemain dan jurulatih tempatan menimba ilmu dan pengalaman baharu dalam bola s3pak.

Selain itu, keseragaman falsafah bola sepak negara juga antara agenda penting buat bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda itu seperti mana yang sudah digariskan dalam pelan tindakan F:30 yang menyasarkan untuk meletakkan Malaysia antara lima pasukan bola s3pak terbaik di Asia menjelang tahun 2030.

“Semua ini memerlukan masa dan ia tak boleh nak dapatkan dalam sekelip mata. Untuk menjayakannya kita harus mengambil masa bukan sahaja dari segi pemain tetapi juga jurulatih. Sekarang ini kita kekurangan jurulatih-jurulatih muda yang terbabit dalam pasukan utama dan juga pasukan kebangsaan.

“Jadi apabila saya mengambil jawatan ini, saya ingin memastikan kita mempunyai ramai jurulatih tempatan menambah baik dari segi kejurulatihan termasuk menjadi instruktur-instruktur untuk kursus yang kita kendalikan seperti lesen A, B dan C.

“Pembangunan jurulatih lebih penting sekarang bagi saya, di mana jika kita mempunyai jurulatih yang cukup baik pasti akan memberi kita kelebihan dan akan dapat cungk!l pemain yang lebih baik.

“Dari sudut pasukan kebangsaan pula, kita berada dalam landasan cukup baik untuk layak ke Piala Asia secara merit. Aksi pasukan negara bertambah baik dengan keputusan yang cukup positif dan pada masa yang sama, ramai pemain muda yang diserapkan ke dalam skuad kebangsaan dan juga berkelana di luar negara.

“Di mana bukan sahaja memastikan semua peringkat bertambah baik tetapi mendapatkan kerjasama dengan pasukan ataupun kelab-kelab besar di Asia terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada pemain muda kita dan juga pasukan-pasukan kita mengadakan latihan lebih terperinci di luar negara,” katanya kepada Arena Metro.

Ujarnya lagi, DNA bola sepak Malaysia yang sudah diperkenalkan tiga tahun lalu akan tetap diteruskan dengan setiap peringkat dalam sistem piramid bola s3pak tempatan harus menggunakan falsafah yang sama.

“DNA takkan berubah, saya lebih mementingkan tentang falsafah kita. Paling penting kita harus melihat apa kebaikan yang ingin kita lakukan daripada segi corak permainan terutamanya mengikut apa yang dilakukan pasukan kebangsaan dan juga rata-rata pasukan kelab yang bermain di peringkat yang tinggi.

“Jadi ini untuk melaraskan semua pasukan-pasukan agar apabila mereka dipanggil untuk pasukan kebangsaan baik di peringkat senior mahupun remaja mempunyai falsafah yang sama. Kelab juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan corak permainan sentiasa diselaras,” katanya.

FAM sebelum ini mengumumkan pelantikan Kim Swee untuk menggalas jawatan Pengarah Teknikal badak induk bola s3pak itu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter de Roo.

Sumber-MH