Format Baharu Beri Kelebihan Pada TFC

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyambut baik format baharu Piala AFC yang akan diperkenalkan pada musim depan.

“Kita mengalu-alukan keputusan itu (format baharu). Ini sebenarnya satu kelebihan kepada pasukan TFC iaitu sebagai persediaan kepada pemain serta jurulatih kerana kita mempunyai ruang waktu yang cukup menuju kejohanan itu.

“Berkaitan gelanggang berkecuali pula ianya tidak menjadi masalah kepada pasukan kerana kejohanan itu akan diadakan dalam bentuk karnival. Lagi pun kita sudah faham dengan situasi pada hari ini tapi kita berharap pand3mik COV!D-19 ini dapat dit4ngani dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada program Dialog Hala Tuju Bolas3pak Terengganu di sebuah hotel di sini, malam tadi. Turut menjadi panel program ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh dan Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolas3pak Terengganu, Mat Sedek Wahab.

Semalam, Setiausaha Agung Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John mengesahkan tiada lagi aksi di laman sendiri dan tempat l4wan bagi perl4wanan peringkat kumpulan sa!ngan Piala AFC yang bakal bermula pada April tahun depan.

Mengenai lepasan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang sebelum ini ‘diborong’ Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, Hishamuddin berkata pihaknya tidak menghalang walaupun ada dalam kalangan pemain kelahiran Terengganu kerana ia mampu membina karier mereka seperti Safawi Rasid.

“Kita ada pendirian yang berlainan sedikit. Bukan kita tidak mahu ambil pemain bagus daripada akademi itu, tapi kita tidak mahu meletak pasaran harga yang terlalu tinggi kepada mereka sebab pemain itu masih muda.

“Lagipun kita sudah ada pembangunan akar umbi yang cukup baik. Jika kita ambil dengan harga yang tinggi, kita bimbang akan merosakkan pemain-pemain lain. Jadi, buat masa ini jika pemain AMD gred A sudah diambil pasukan lain, kita fokus kepada gred B. Insya-Allah kita akan bangun pemain ini (gred B) ke tahap yang lebih berkualiti,” katanya.

Sumber-BH