Gandingan Yang Bakal Memperkasakan Lagi Sri Pahang FC

KUANTAN: Selepas Thomas Dooley diumumkan sebagai ketua jurulatih Sri Pahang FC bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, pasukan itu dijangka memperkenalkan penolong jurulatih import baharu pula.

Difahamkan, penolong jurulatih dari Eropah itu sudah berada di negara ini dan sedang menjalani kuar4ntin sebelum diperkenalkan secara rasmi minggu depan. Sumber Sri Pahang berkata jurulatih itu akan bergandingan dengan Dooley dalam usaha memperkasakan lagi pasukan itu.

“Saya boleh sahkan beliau sudah tiba di negara ini dan sedang menjalani kuar4ntin sebelum bersama pasukan. Dengan pengalaman luas yang dimiliki, Sri Pahang percaya gandingan dua jurulatih import ini mampu memberi impak positif,” kata sumber berkenaan.

Setakat ini, selain Dooley berasal dari Jerman selaku ketua jurulatih, Sri Pahang mengesahkan Dollah Salleh dilantik sebagai pengurus pasukan.

Ketika ini, tiga daripada lima kuota import sudah diisi iaitu Sergio Aguero, Lee Tuck dan Herold Goulon yang masing-masing beraksi di posisi ser4rangan, tengah dan pertahanan.

Kuota dua import lagi masih belum diisi bakal menyaksikan pemain dari Asia dan Asia Tenggara bakal beraksi di posisi pertahanan dan ser4ngan.

Sumber-BH