Gerak Hati Jadi Benar

“SEJAK beberapa hari lalu, gerak hati saya sering terbayang arw4h terbabit dalam kem4langan.

“Tak sangka pula perkara yang menjadi keris4uan saya benar-benar berlaku,” kata Endok Oti Ahmad, 65, yang anaknya, Dayana Damsah, 27, mavt dalam kem4langan jalan raya di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai Besar di sini, semalam.

Dalam kemal4ngan jam 6 pagi, kereta dinaiki Dayana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Umas-Umas (SK Umas-Umas) hilang kawalan lalu terb4bas dan terjvnam ke tebing sungai di lokasi kejadian.

Kemalangan itu turut meng0rbankan rakan setugasnya, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang men!nggal dunia ketika mendapat raw4tan di Hospital Tawau manakala pemandu kereta, Hasnaini Paiori, 38, dan Nur Zairah Aladin, 35, dilap0rkan mengalami kec3deraan par4h.

Ketika kejadian, keempat-empat guru terbabit dalam perjalanan untuk bertugas di SK Umas-Umas. Mereka juga sering berkongsi kereta untuk ke sekolah.

Menurut Endok, sebelum ini dia pernah meminta Dayana bertukar ke sekolah lain yang dekat dengan kediamannya di Kampung Pasir Putih di sini, berikutan SK Umas-Umas agak jauh.

“Saya ada meminta dia bertukar sekolah lain yang lebih dekat kerana setiap hari terpaksa berulang-alik berikutan jarak antara sekolah dan rumah agak jauh.

“Bagaimanapun, saya berasa sangat sed!h apabila anak yang baru melangsungkan perkahwinan minggu lalu (27 Julai) m4ut dalam kem4langan,” katanya.

Endok berkata, arw4h anaknya itu seorang yang pemurah dan suka bersedekah, malah kerap menginfakkan gajinya kepada pertubuhan serta badan amal termasuk rumah anak yatim.

Selain itu, katanya, arw4h juga aktif dan sering terbabit dengan kerja sukarelawan selain mengedarkan bantuan kepada fakir miskin dan asnaf termasuk golongan ibu tunggal.

“Malah, semasa mula bertugas di SK Umas-Umas empat tahun lalu, dia pernah menyatakan tidak akan berkahwin selagi saya dan bapanya, Damsah Lonting belum merasa duit gajinya dan mengerjakan umrah.

“Arwah seorang yang cermat serta bertangungjawab dan dalam tempoh tidak sampai dua tahun berkhidmat sebagai guru, anak bongsu daripada empat beradik itu mampu mengumpul wang sehingga kami bertiga berpeluang menunaikan ibadah umrah pada 2018.

“Selepas semua hajatnya tercapai, arw4h pergi meninggalkan kami,” katanya.

Sumber-MH