Hampir Pasti Sertai TFC

Kuantan: Tanpa berselindung lagi peny3rang linc4h kebangsaan Mohd Faisal Abdul Halim seolah hampir pasti memilih untuk menyarung jersi skuad Terangganu FC (TFC) musim depan bagi meneruskan kerjaya bola s3pak profesionalnya.

Selepas lima musim berkelana bersama Tok Gajah pemain kelahiran Pulau Pinang itu memilih menerima tawaran skuad Penyu yang dianggap sesuai dengan jiwanya serta kena dengan masanya.

Tegas Mohd Faisal yang terkenal dengan panggilan Mickey, hatinya masih menebal dengan Tok Gajah namun apakan daya khidmatnya tidak diperlukan lagi musim depan, walaupun amat berat namun terpaksa diterima.

Katanya, sebagai pemain profesional diterima bermain dan ditamatkan kontrak sudah menjadi lumrah, mungkin ada hikmah disebalik keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak lagi menyambung kontraknya musim depan.

“Saya akan beralih angin dengan pasukan baharu musim depan, doakan kejayaan berpihak kepada saya selepas ini.

“Saya berjanji untuk memberi persembahan terbaik untuk kejayaan peribadi dan lebih penting pencapaian pasukan,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Ditanya pasukan mana menjadi pilihan musim depan, Mohd Faisal berkata walaupun perjanjian awal sudah dibuat namun dia tidak dapat umumkan lagi walaupun media mengetahui pasukan berkenaan.

Menurutnya, dia menerima beberapa tawaran namun membuat keputusan untuk terus kekal berada di Pantai Timur, suasana yang mungkin sudah sebati terutama selepas lima musim menetap di Kuantan.

Katanya, peluang yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan diberikan pasukan, rekod hijrah terp4ksa dilangkah sekali lagi musim depan demi masa depan dalam kerjaya bola s3pak tempatan.

“Di sini saya juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pel4waan sebuah pasukan, mungkin kita tidak diberi peluang bersama lagi walaupun dihati ini ada keinginan.

“Rakan-rakan skuad Tok Gajah yang masih kekal diharapkan mereka dapat memberi persembahan terbaik musim depan, tunaikan harapan yang diinginkan PBNP,” katanya

Sumber-MH