Hanya Boleh Mengharapkan Belas Ihsan

Kuala Lumpur: Hanya boleh mengharapkan ‘belas ihsan’ Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola S4pak Antarabangsa (Fifa) untuk menunda perl4wanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 hingga ke Jun nanti.

Itu antara harapan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) apabila memberi bayangan bahawa skuad Harimau Malaya kemungkinan tidak akan menjalani latihan pada waktu terdekat ini berikutan perintah kaw4lan pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya tidak menol4k kemungkinan skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pada pertengahan Mac nanti berdasarkan situasi semasa pand3mik Cov!d-19 yang semakin membimb4ngkan.

Beliau berkata, sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) seperti yang dicadangkan sebelum ini pula perlu mengambil kira keadaan pemain Harimau Malaya terutama membabitkan penginapan bagi mengelak dij4ngkiti Cov!d-19.

“Saya tidak menol4k jika melihat kepada keadaan semasa terutama PKP pula dilanjutkan sehingga 18 Februari menyaksikan waktu yang bersesuaian untuk memanggil barisan pemain Harimau Malaya adalah pada jendela aksi antarabangsa pertengahan Mac.

“Perkara terbabit tidak boleh dielakkan sekali gus mengharapkan AFC dan Fifa dapat menunda perl4wanan terbabit kepada Jun seterusnya memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada skuad Harimau Malaya untuk melakukan persiapan rapi.

“Selain itu, pada waktu berkenaan dijangka lebih ramai pemain Harimau Malaya dapat menyertai latihan sekali gus memudahkan jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe merenc4nakan strategi,” katanya.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan hasrat berlatih pada 16 Januari lalu selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP yang hanya akan berakhir 4 Februari ini.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu skuad kebangsaan mendapatkan kebenaran mengadakan latihan Februari ini dengan SOP yang k3tat dan ia disambut baik oleh FAM.

Untuk rekod, pasukan negara kini berpeluang untuk layak secara merit ke Piala Asia serta mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia di mana skuad kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G.

Malaysia dijadual menyambung kempen kelayakan dengan men3ntang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada Mac ini selain Vietnam dan Thailand menanti selepas itu, dengan perl4wanan masing-masing berlangsung di Bukit Jalil dan Bangkok.

Sumber-MH