Hanya Yang Berhati Kental Sedia Pikul Tanggungjawab Itu

KUALA LUMPUR: Jawatan ketua jurulatih Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) dianggap sebagai satu tugas yang berat dan hanya yang berhati kental sedia memikul tanggungjawab itu.

Tidak seperti jurulatih pasukan lain yang dapat bekerja dengan barisan pemain yang terbaik, namun ia sebaliknya buat bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah yang dipilih untuk mengendalikan skuad pembangunan itu.

Ini kerana Yusri akan bekerja dengan set pemain yang ‘tidak diingini’ selepas pemain yang dianggap sebagai gred terbaik sudahpun dis4mbar pasukan Liga Malaysia (Liga M) terlebih dahulu.

Yusri mengakui ia sebagai satu cab4ran yang perlu diharvngi olehnya apabila perlu menguruskan barisan pemain yang dilabel sebagai ‘pilihan kedua’ dan ‘pilihan ketiga’ dalam skuad yang dilihat persis program Harimau Muda itu.

“Kita sedia maklum bahawa pemain pilihan pertama mungkin sudah ditandatangani pasukan ataupun negeri mereka. Jadi, cab4ran di sini adalah bagaimana untuk kita mengetengahkan bakat muda yang dianggap sebagai pilihan kedua dan ketiga ini dan memberi pend3dahan kepada mereka.

“Justeru, sepanjang saya berurusan dengan projek ini, ia adalah satu tanggungjawab yang sukar tetapi saya realistik dan mampu mengetengahkan bakat yang ada di luar sana di mana bukan setakat dari sekolah sukan negeri ataupun pusat latihan daerah (PLD) semata-mata.

“Mungkin bakat ini berada di kampung, jadi inilah kerja yang akan saya lakukan bersama barisan kejurulatihan yang lain. Walaupun memiliki barisan gred kedua ataupun gred ketiga, kita akan cuba untuk melahirkan seberapa banyak mungkin pemain untuk membantu skuad kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Projek FAM-MSN dijangka akan dibarisi kelompok pemain generasi kedua lulusan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai teras pasukan selain barisan kejurulatihan akan meninjau ‘sumber’ lain yang dirasakan berpotensi untuk diserap masuk ke pasukan itu.

Dalam masa sama, Yusri menegaskan pembentukan pasukan itu dapat memberikan pend3dahan lebih tinggi kepada pemain kerana mereka akan bers4ing dalam Liga Perdana yang pasti memberikan persaingan yang hebat.

“Ia memberi pend3dahan bagaimana pemain akan menghadapi pasukan yang dibarisi pemain import dan pemain senior yang berpengalaman.

“Selain itu, mereka akan mengutip pengalaman berdepan pemain Liga Perdana yang memiliki kepantasan dan kelebihan fizikal,” katanya.

Sumber-BH