Harapan Dan Keyakinan Kapten KDA FC

ALOR SETAR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar tekad membantu skuad Hijau Kuning melangkah lebih jauh dalam sa!ngan Piala AFC 2021 yang dijadual diadakan secara karnival pada awal Jun ini.

Walaupun menyedari sa!gan sengit bakal dihadapi dalam kejohanan itu nanti, pemain berusia 32 tahun ini yakin skuad pimpinannya itu mampu berdepan semua penc4bar mereka.

Aksi Zon ASEAN dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun ini dengan sa!ngan diadakan mengikut format ’round robin’. Ia menyaksikan KDA FC bakal ber3ntap bersama tiga lagi pasukan dalam Kumpulan H.

Pasukan berkenaan adalah Lion City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC dari Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan menerusi aksi play-off sama ada dari Indonesia, Timor Leste atau Kemboja.

“Saya melihat KDA FC berada dalam kumpulan yang agak s3ngit sebab diundi bersama kelab Lion City Sailors FC dan Saigon FC. Kita tahu dua pasukan itu adalah kuat dan bertaraf naib juara liga kebangsaan masing-masing.

“Walaupun sekarang ini kita tahu dunia masih dihimpit dengan masalah pand3mik COV!D-19, saya dan rakan seperjuangan tetap fokus menjalani latihan. Saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Kedah dalam sa!ngan Piala AFC 2021.

“Apa yang paling penting, kami kena anggap tahun ini sebagai satu cab4ran sukar. Seperti dimaklumkan AFC, kejohanan tahun ini akan berlangsung secara karnival di venue berpusat, dengan tiga perl4wanan dalam tempoh tujuh hari. Sudah tentu keadaan ini memerlukan kekuatan fizikal dan m3ntal,” katanya dalam kenyataan menerusi laman media rasmi KDA FC.

Baddrol yang bergelar legenda Kedah dan mer4ngkul Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011 hingga 2020 berkata selain semangat tinggi, sokongan dan doa daripada seluruh penyokong Kedah juga diharapkan untuk mencapai kejayaan.

Sumber-BH