Harapan Safawi

KUALA LUMPUR: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menghargai penganjuran Anugerah Bolas3pak Kebangsaan 20202 (ABK20) Virtual yang dianggap sebagai pemangkin semangat buat pemain selepas mengh4rungi musim sukar susulan pand3mik COV!D-19.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui gembira apabila turut dicalonkan dalam kategori Pemain Tengah Terbaik tahun ini dan berharap dapat mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut.

Jelas Safawi, dia berpuas hati dengan prestasinya bersama pasukan dengan mel3dak tujuh gol secara keseluruhan pada musim ini dalam sa!ngan Liga Super sebelum berhijrah ke kelab Portimonense SC, Oktober lalu.

Malah, dia turut menyifatkan trofi yang pernah dimenanginya dalam anugerah berprestij itu sentiasa memberi motivasi kepadanya untuk berada di tahap terbaik pada setiap musim.

“Semestinya saya gembira apabila dapat tercalon dan kali ini saya sedar calon-calon lain juga tidak kurang hebatnya untuk mer3but trofi itu.

“Untuk saya sendiri, memang kalau boleh saya berharap menang sekali lagi dan jika menang, ini bermakna sudah tiga tahun berturut-turut saya meraih trofi dalam ABK (lain-lain kategori). Itu yang membuatkan saya ingin terus berusaha untuk sentiasa melakukan yang terbaik setiap tahun.

“Secara keseluruhannya, memang saya berpuas hati dengan prestasi dan juga pasukan. Walaupun dengan COV!D-19 mengh4lang kita beraksi penuh semusim, tetapi kita semua dapat mengh4runginya bersama dan saya sendiri berjaya untuk sekurang-kurangnya mel3dak tujuh gol peribadi pada musim ini”, katanya.

Bagi kategori Pemain Tengah Terbaik kali ini, Safawi akan dic4bar beberapa rakan sepasukannya iaitu Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez selain Brendan Gan (Selangor), Leandro dos Santos (Perak), Lee Tuck (Terengganu FC), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syahmi Safari (Selangor) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Sebagai rekod, Safawi berjaya mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut pada tahun lalu, Pemain Muda Harapan 2018, Pemain Tengah Terbaik 2018, Peny3rang Terbaik 2019 dan Pemain Paling Popular 2019.

Sumber-BH