Harga Terkini

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 15 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel bagaimanapun naik satu sen kepada kepada RM2.02 berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.

“Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus mem4ntau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sumber-MH