Harimau Malaya Semakin Dapat Perhatian

KUALA LUMPUR: Saham skuad Harimau Malaya dalam ‘pasaran’ bola s3pak dunia tampak semakin meningkat ketika ini apabila menjadi antara sas4ran pasukan berada ranking lebih baik dalam Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) untuk mengadakan aksi persahabatan.

Iran yang berada di ranking ke-22 dunia selain Palestin (99) dan India (107) menyatakan hasrat untuk men3ntang skuad kendalian Tan Cheng Hoe, namun ia terp4ksa ‘dit4ngguhkan’ akibat pand3mik COV!D-19.

Skuad Harimau Malaya ketika ini berada di Amman, Jordan untuk aksi persahabatan berdepan dua pasukan dalam kel0mpok 100 terbaik dunia iaitu men3ntang pasukan di tangga ke-93, Jordan (malam tadi) dan Uzbekistan (84), Sabtu ini.

Mengulas perkembangan itu, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan bahawa ia sebagai bukti pemain kebangsaan semakin berada pada tahap lebih baik.

“Sebenarnya banyak negara yang lebih baik dari kita sudah menunjukkan minat (untuk adakan aksi persahabatan). Kalau dulu mereka tak minat untuk bermain dengan Malaysia, sebab mereka (negara kuat) pun nak bermain dengan pasukan yang setanding atau lebih baik dari mereka.

“Kalau dulu suk4r untuk kita dapatkan pasukan yang baik untuk adakan perl4wanan persahabatan, tapi sekarang ini nampak sudah mula berubah. Mas4lah sekarang kita tak boleh adakan perl4wanan di Malaysia.

“Jika kita nak ke sana (luar negara) pula, balik nanti kena kuarantin dan pemain ada perl4wanan lagi selepas itu. Oleh sebab itu kita tak boleh nak atur banyak perl4wanan persahabatan yang berintensiti tinggi ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) menjelaskan fokus utama pasukan kebangsaan ketika ini adalah untuk men3ntang pasukan yang berada pada ranking lebih tinggi.

Namun, beliau berkata, pada masa yang sama skuad Harimau Malaya juga tidak boleh melupakan aksi men3ntang pasukan ranking lebih rendah sebagai medan mendapatkan keyakinan pemain.

“Fokus kita untuk memastikan pemain kebangsaan berada pada tahap lebih tinggi. Kalau asyik l4wan pasukan lebih rendah kita mungkin rasa selesa dan ingat kita sudah bagus, sedangkan tahap kita belum bagus lagi.

“Cuma kadang-kadang jurulatih perlu juga perl4wanan dengan pasukan lebih rendah kerana jika sentiasa l4wan pasukan kuat dan keputusan tak memihak kepada kita, ia akan menyebabkan pemain tak ada keyakikan pula,” katanya.

Sumber-BH