“Hilang” hampir 3 tahun

Bekas peny3rang skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), N. Thanabalan bakal menyertai pasukan ‘feeder club’ Perak secara pinjaman dari Kedah bagi mengharungi sa!ngan Liga Premier musim 2020.

Menurut pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim, beliau melihat Thanabalan masih mempunyai deria pemusn4h dan pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain yang barusia 25 tahun itu membantu menaj4mkan jentera ser4ngan pasukannya.

“Saya mahu melihat dia muncul sebagai antara penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan.

“Dengan usianya, belum terlambat untuknya kembali ke puncak prestasi sebelum ini dan kerana pengalaman dimiliki, ruang terbuka luas untuknya berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

“Yang penting, di mana dia mahu meletakkan dirinya pada 2020 setelah hilang hampir tiga tahun. Saya sedia bantu dan tunaikan hasratnya untuk dapatkan minit permainan tetapi saya juga mahu lihat usahanya dalam mendapatkan apa yang diinginkan,” katanya kepada Bernama.

Sejak menyertai skuad Helang Merah pada januari 2019, beliau sempat melakukan 16 penampilan dan mula mengalami kemerosotan prestasi sehingga tersisih daripada kesebelasan utama.

Thanabalan memiliki kelebihan tandukan sebagai senj4ta pemusn4h dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Dia (Thanabalanan) pemain yang berpontensi sebelum ini tetapi agak sukar dapat tempat di Kedah, jadi bila ada peluang untuk Perak II memperkuatkan jentera ser4ngan dengan kehadirannya, kami mencuba.

“Pasukan mungkin menggunakannya di bahagian sayap kerana dia lebih dilihat sebagai pembekal bantuan jaringan,” jelasnya lagi.

Sumber : vocketfc