Ianya Mungkin Perkara Yang Baik

KUALA LUMPUR: Semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) hanya memiliki tempoh hampir tiga minggu untuk mempersiapkan diri menjelang sep4k mula yang akan berlangsung pada 5 Mac ini.

Walaupun dianggap satu tempoh yang agak singkat, namun ia mungkin perkara yang baik daripada Liga M terus tertangguh selepas pada asalnya akan dimulakan pada 26 Februari ini.

Malah, pasukan juga dilihat enggan berdepan ris!ko lain sekiranya Liga M terus tertangguh dan tiada jalan lain bagi mereka selain terpaksa mempersiapkan diri bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali berkata pihaknya menerima keputusan Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) emulakan perl4wanan liga pada 5 Mac selepas mendengar kek4ngan yang terp4ksa dihadapi demi memastikan semua aksi dapat dihabiskan pada musim ini.

Beliau turut memahami beberapa keperluan lain seperti persiapan pasukan kebangsaan selain tarikh kalendar perlaw4nan antarabangsa yang ditetapkan Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA).

“Melihat beberapa faktor tertentu seperti pasukan kebangsaan turut perlukan ruang untuk membuat persiapan, kami perlu juga memahami atas kepentingan negara serta mengikut suara majoriti lain yang bersetuju.

“Kalau diikutkan, kerajaan dah bagi kebenaran untuk kami bagi latihan dan adakan perl4wanan pun. Ia sudah jadi satu berita yang menggembirakan dalam keadaan sekarang.

“Dalam situasi terkini, pasukan memang tiada pilihan dengan terp4ksa kreatif mungkin menggunakan ruang yang ada untuk lakukan persediaan biarpun dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolas3pak Malaysia (PJBM), B Sathianathan sebelum ini dilaporkan berkata tempoh tiga minggu untuk mempersiapkan pasukan menghadapi musim baharu adalah tempoh yang minimum.

Sementara itu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menganggap sa!ngan Liga M musim ini tidak perlu ditangguh lebih lama lagi dan bersyukur sekurang-kurangnya ia tidak dibatalkan terus terutama dalam situasi pand3mik COV!D-19 yang tidak menentu.

“Pada saya, kalau MKN sudah beri kebenaran dan MFL pun kata boleh, kita teruskan sahajalah. Jadi mahu atau tidak, kita perlu bersedia juga memandangkan tempoh masa itu sudah ada.

“Mungkin kalau kita tengok daripada segi tempoh persiapan agak suntuk sedikit, tetapi yang penting kita sudah jelas di sini bahawa sukan bola sep4k boleh berlangsung juga.

“Jadi kalau dah ditetapkan 5 Mac, dan pasukan ada masa tiga minggu, kita buat sahajalah daripada ditangguh lebih lama dan dibatalkan terus, bukankah lagi t3ruk,” kata Norizam.

Pengurus Besar Negeri Sembilan FC, Firdaus Bhari pula berkata jurulatih kecergasan pasukan itu sudah ada perancangan untuk memastikan pemain mampu berada di tahap terbaik sebelum s3pak mula, 5 Mac ini.

Katanya, melalui pemantauan serta latihan yang tidak terlalu berat buat pemain, beliau yakin masalah kec3deraan dapat dielakkan sebelum kempen Liga M berlangsung.

“Namun melalui nasihat serta pemantauan jurulatih kecergasan dan doktor, pemain mampu berada di tahap kecergasan terbaik untuk bermain nanti dan tiada sebarang keced3raan serius semasa latihan sebelum sa!ngan bermula,” katanya.

Sumber-BH