Ibu Kandung, Bukan Ibu Ayam..

TERLVKA hati seorang ibu apabila menerima kiriman WhatsApp bertalu-talu daripada individu tidak dikenali yang ingin mel4nggan anaknya selepas video int!m bersama teman lelaki disebarkan sejak dua bulan lalu.

Semuanya berpunca apabila hubungan anaknya bersama seorang lelaki terpvtus di tengah jalan selepas mengetahui dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Lucy, 50-an itu berkata, dia meng3syaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima mesej yang mahu bertanyakan harga untuk perkhidmatan s3ks yang ditawarkan.

“Selepas buka Facebook (FB), saya dapati ada mesej daripada kumpulan FB yang menunjukkan gambar anak saya sedang melakukan hubungan int!m bersama seorang lelaki dikenali. Ada tiga video dengan tarikh berlainan.

“Hingga sekarang saya t4kut untuk membuka telefon kerana bimbang akan dapat mesej yang begitu. Selepas berbincang, anak saya maklumkan bahawa teman lelakinya itu tidak dapat menerima hakikat hubungan mereka sudah berakhir.

“Saya ibu kandung dia, saya bukan ibu ayam, tolong hentikan sebar video s3ks itu,” katanya ketika membuat aduan kepada aktivis masyarakat, Azman Kang Abdullah.

Lucy berkata, anaknya itu menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan sejak dua tahun lalu dan sama-sama bekerja di sebuah pusat peranginan di Pantai Timur.

Katanya, pada mulanya dia menyangka mereka hanya rapat sebagai rakan sekerja namun hubungan itu berterusan sehingga menimbulkan bibit cinta.

“Dia ada menyatakan keinginan untuk berkahwin, namun anak saya tidak mahu kerana lelaki itu sudah pun berumahtangga, lagi pula mereka berlainan agama. Selepas itu dia mengvgut untuk tul4rkan video dan gambar int!m, atau terus menjalinkan hubungan sul!t dengannya.

“Saya terp4ksa mengambil keputusan meminta anak saya berhenti kerja kerana bimbangkan keselamatan, apatah lagi tempat kerjanya di pulau yang tidak ramai penghuni,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada pihak berwajib bagi memastikan penvlaran video berkenaan dihentikan serta-merta.

Katanya, pihaknya turut memberikan kaunseling kepada m4ngsa yang masih bimbang kerana mengetahui lelaki berkenaan masih menyimpan gambar dan video int!m terbabit.

“Dalam kes ini, dia sudah mengaku melakukan kesilapan dan meminta maaf kepada keluarga. Tetapi lelaki berkenaan masih lagi menyebarkan gambar terbabit kepada kenalan terdekat.

“Kita minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana mungkin membabitkan m4ngsa lain yang tidak mahu tampil membuat laporan,” katanya

Sumber-MH