Idaman Permata Baharu Terengganu FC

Kuala Terengganu: Selepas dinaikkan ‘pangkat’, permata baharu Terengganu FC (TFC), Muhammad Alif Zakaria idam untuk meng!ntai peluang membarisi kesebelasan utama skuad itu musim ini.

Bekas pertahanan kiri skuad Terengganu FC II (TFC II) berusia 23 tahun itu mengakui untuk menggapai impian berkenaan perlu berusaha lebih gigih lagi terutama dia masih mentah daripada segi pengalaman.

“Alhamdulillah kerana terpilih menyertai skuad utama musim ini, lebih-lebih lagi musim pertama dalam sa!ngan Liga Super.

“Malah lebih teruja lagi skuad TFC juga bakal beraksi di pentas Asia, sudah pasti peluang sebegini tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana bukan mudah untuk membarisi skuad ini.

“Justeru, saya tiada pilihan lain kecuali perlu melipatgandakan usaha dan latihan bagi memastikan impian untuk berada dalam kesebelasan utama buat kali pertama tercapai,” katanya.

Mengulas lanjut, Alif yang juga mampu bermain di posisi pertahanan kanan berkata, dia turut beruntung kerana mendapat pend3dahan daripada dua pertahanan import baharu TFC.

“Selain barisan jurulatih, bekas pertahanan Aston Villa, Christopher Herd dan pemain kacukan Filipina-Sepanyol, Carli De Murga turut membimbing kami bagaimana untuk menjadi pemain pertahanan berkualiti.

“Walaupun corak latihan berlainan kerana intensiti lebih tinggi, ia satu cab4ran lagipun saya tidak menghadapi masalah untuk mengikutinya.

“Harapan saya, selain mengintai peluang membarisi kesebelasan utama pasukan, saya turut mengidam menyarung jersi skuad kebangsaan suatu hari nanti,” kata Alif yang pernah membantu pasukan Piala Presiden Terengganu muncul juara pada 2018.

Sumber-MH