Impian G!la Tercapai Selepas Lama Tertangguh

Almaty: Seorang ahli bina badan Kazakhstan merealisasikan cita-citanya untuk menikahi patung s3ks silikon dalam satu majlis perkahwinan berlangsung penuh romantik dan unik.

Sebelum ini, hasrat Yuri Tolochko tertangguh bagi melangsungkan perkahwinan itu dengan patung yang diberi nama ‘Margo’ itu, disebabkan pand3mik Cov!d-19.

Mirror melaporkan, Yuri Tolochko menggunakan media sosial untuk berkongsi video dan gambar hari bersejarah itu, dengan ‘pengantin perempuan’ mengenakan gaun renda putih, manakala dirinya memakai tuksedo hitam.

Pasangan itu turut menggunakan jurugambar profesional sebelum meraikan perkahwinan mereka dengan minuman dan tarian.

Tolochko yang dikenali sebagai pans3ksual dan menggambarkan dirinya antara lain sebagai atlet dan blogger menerusi Instagram.

Lelaki itu mend4kwa ‘menjalin hubungan’ dengan Margo selama dua tahun.

Media sebelum ini melaporkan Tolochko melamar Margo pada Disember 2019 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu.

Tetapi impian g!la lelaki berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan pand3mik Cov!d-19.

Dia dilaporkan menangguhkan majlisnya sekali lagi selepas dis3rang ketika menyertai satu demonstrasi disertai golongan transgender di negaranya.

Dalam pada itu, minat pelik lelaki ini membuatkannya membuka satu akaun khas di media sosial untuk ‘Margo’ bagi memaparkan perjalanan ‘kisah cinta’ mereka.

Lebih mengha!rankan, lelaki itu sanggup menghantar ‘teman wanitanya’ itu bagi menjalani pemb3dahan plastik selepas berita mengenai ‘percintaan mereka’ dilaporkan secara meluas di media.

Sumber-MH