Impian Peminat Setia Perak FC Akhirnya Tercapai

IPOH: Impian peminat setia Perak FC bagi mendapatkan jersi baharu pasukan kesayangan mereka bagi s4ingan musim ini akhirnya tercapai selepas ia dilancarkan Perak FC Sdn Bhd, di sini, sebentar tadi.

Pelancaran secara maya itu disempurnakan bersama Perak FC dan Kaki Jersi tepat jam 12.00 tengahari.

Berkonsepkan warna ker4mat bendera Perak, corak dan reka bentuk jersi skuad berkenaan membabitkan aksi di tempat sendiri seperti biasa sinonim dengan bendera negeri iaitu kuning hitam manakala warna putih hitam dipilih membabitkan aksi di tempat l4wan.

“Introducing our new 2021 home and away kit, The Sacred Yellow and The Pristine White (Memperkenalkan kit baharu 2021 kami bagi 4ksi di tempat sendiri dan laman lawan, kuning suci dan putih murni),” demikian yang dinyatakan pada keterangan hantaran video terbabit.

Seperti pada musim lalu tiada logo penaja dipaparkan pada jersi pasukan, sebaliknya hanya tertera logo ‘Lenggong Valley Archaeological Heritage Site’ dan ‘Pangkor Duty Free Island’.

Pada bahagian kanan jersi tertera logo Kaki Jersi selaku rakan kit rasmi manakala logo baharu Perak FC ciptaan Hafiz Ismail dari Kuala Kangsar menghiasi sebelah kiri.

Jersi ini akan dijual pada harga RM39 sehelai untuk kanak-kanak dan RM99 hingga RM105 untuk dewasa. Perak FC akan memulakan kempen Liga Super Malaysia musim ini men3ntang PJ City di Stadium Perak di sini, pada Sabtu ini.

Sumber BH