Impianku musnah

IMPIAN untuk mer4mpas kembali Piala Cab4ran musim ini berkecai. Demikian reaksi pemain sayap pasukan Terengganu FC II (TFC II), Mohammad Ridzuan Mohd Razali atau lebih mesra dipanggil Mamat dalam kalangan rakan sepasukannya.

Bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan itu berkata demikian selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) sudah membuat keputusan untuk membat4lkan sa!ngan piala yang mula diperkenalkan sejak 2018.

Pemain kelahiran Kampung Jak Ajil, Hulu Terengganu itu berharap badan induk bolasepak negara itu dapat memikirkan semula keputusan berkenaan selain mengharapkan piala yang satu-satunya menjadi idaman pasukan berstatus ‘feeder club’ dilangsungkan semula.

“Memang kecewa selepas dapat tahu Piala Cab4ran musim ini terpaksa dibat4lkan susulan negara berdepan dengan krisis pandemik Covid-19 yang begitu membahayakan nyawa manusia.

“Ini kerana pembat4lan piala itu begitu merugikan pasukan kami yang sudah membuat persiapan rapi sejak awal musim untuk mer4mpas kembali piala itu yang terlepas pada musim lalu.

“Lagipun sebelum liga dihentikan pada 16 Mac lalu berikutan wab4k itu dan tempoh Per!ntah Kaw4lan Pergerakan (PKP), momentum pasukan kami berada pada tahap terbaik memimpin carta Liga Perdana dengan mengutip 12 mata selepas menang semua empat perlawanan.

“Justeru jika negara sudah pulih dengan ancaman wab4k itu, saya merayu agar MFL dan FAM dapat mengubah kembali keputusan itu dengan mengadakan semula kerana piala ini satu-satunya menjadi idaman pasukan kami selepas terk4ndas pada separuh akhir musim lalu kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

“Sekiranya badan induk kekal dengan keputusan itu, kami hanya ada peluang untuk menjuarai liga sahaja dan berharap kami dapat merangkul kejuaraan itu walaupun sedar pasukan tidak berpeluang untuk melangkah ke sa!ngan Liga Super musim depan kerana status kami sebagai pasukan ‘feeder club,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.

Berdasarkan rekod, skuad The Turtles itu yang kini dibimbing bekas pemain negeri, Roshadi Wahab dan gandingannya bekas penyerang Terengganu, Sapian Wahid muncul juara piala itu pada edisi pertama 2018 selepas menumpaskan UKM FC dengan agregat 4-2.

Jumaat lalu MFL mengeluarkan kenyataan akan menyambung semula Liga Super dan Liga Perdana secara separuh liga tanpa penonton selama sebulan bermula 1 September sehingga 27 September 2020.

Sa!ngan Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17 Oktober 2020 dengan formatnya akan dirombak iaitu tiada sa!ngan peringkat kumpulan dan perlawanan akan diadakan secara kalah mati manakala sa!ngan Piala FA dan Piala Cab4ran dibat4lkan pada musim ini.