Import Baharu Dalam Sas4ran Melaka United

Melaka United mempunyai sas4ran baru bagi mengisi kuota pemain import mereka bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim ini apabila dilaporkan berminat untuk mengambil seorang peny3rang dari Montenegro.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain yang dimaksudkan ialah Stefan Nikolic, peny3rang yang pernah beraksi bersama skuad B-21 tahun Montenegro.

Sebelum ini, Melaka mahu mendapatkan khidmat peny3rang dari Croatia, Ivan Lendric namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan setelah Lendric tidak mendapat pelepasan dari kelab beliau.

Melaka kemudiannya mahu menandatangani bekas pemain, Marko Simic secara pinjaman dari kelab Indonesia, Persija Jakarta namun gagal mencapai kata pvtus.

Stefan Nikolic merupakan peny3rang berusia 30 tahun dan setakat ini, beliau telah beraksi bersama 16 kelab seperti dari Serbia, Montenegro, Korea Selatan dan Albania.

Kelab terakhir Nikolic ialah FK Krupa, pasukan yang beraksi dalam sa!ngan divisyen pertama liga bola s3pak Bosnia.

Sumber-VocketFC