Import TFC & TFC II Musim Depan

Kuala Terengganu: Selang beberapa jam mengumumkan pemain kelahiran Namibia, Petrus Shitembi, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd memperkenalkan pemain import kedua pasukan Terengganu FC (TFC), Carli De Murga dalam laman sosial kelab itu hari ini.

Turut diperkenalkan pemain kelahiran Kyoto, Jepun, Masaki Watanabe yang bakal menyarung jersi pasukan ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) musim depan yang dibimbing pengendali baharu, Badrul Afzan Razali menggantikan Roshadi Wahab.

“TFC Sdn Bhd mengumumkan kehadiran pemain import kedua TFC, Carli De Murga serta pemain import pertama TFC II, Masaki Watanabe bagi mengh4rungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan, kedua-dua pemain itu diikat kontrak selama setahun.

“Murga pemain berd4rah campuran Filipina dan Sepanyol akan mengisi kuota pemain import Asean menggantikan pemain kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli yang tidak disambung kontrak.

“Manakala Watanabe bakal mengisi import kuota Asia menggantikan peny3rang TFC II sebelum ini kelahiran Brazil yang mendapat taraf kerakyatan Jepun, Bruno Suzuki,” menurut kenyataan itu.

Kehadiran bekas pertahanan Filipina yang terkenal corak permainan keras itu pasti bakal memberikan impak positif kepada skuad kendalian Nafuzi Zain terutama apabila pasukan itu bakal beraksi di pentas Asia.

Malah pengalaman Murga yang juga pernah beraksi bersama Chonburi FC dalam Liga Thailand selain pernah bermain dalam sa!ngan Piala AFC bakal menjadi aset berguna buat pemain muda TFC untuk menimba pengalaman dengan pemain itu.

Murga bakal mengisi posisi pertahanan tengah TFC yang sebelum ini menjadi milik pemain kelahiran Senegal, Babacar Diallo yang tidak disambung kontrak manakala Watanabe bakal bergandingan dengan import musim ini kelahiran Montenegro yang dikekalkan, Argzim Redzovic juga di j3ntera pertahanan.

Sumber-MH