Info Penggunaan Lesen Sementara Warga Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah membenarkan peniaga kecil di negeri ini berniaga menggunakan lesen perniagaan sementara bagi mengurangkan b3ban mereka selepas terj3jas akibat pand3mik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata pihaknya mengesan terdapat individu yang dibvang kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terp4ksa mencari sumber pendapatan dengan cara lain termasuk berniaga di tepi jalan.

“Ini adalah kelonggaran kepada peniaga kecil yang diberikan kerajaan negeri dalam usaha membantu mereka yang terj3jas untuk mencari rezeki.

“Setakat ini, kita membenarkan mereka berniaga menggunakan lesen perniagaan sementara tanpa perlu r!sau dikenakan tind4kan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Dr Mohd Hayati berkata, lesen perniagaan sementara itu terpakai hingga akhir tahun ini dan pihaknya akan mengkaji semula kelonggaran yang diberikan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan kemungkinan melanjutkan tempoh pembaharuan lesen perniagaan sedia ada serta penangguhan pembayaran cukai perniagaan membabitkan kerajaan tempatan.

“Sebelum ini kita sudah menetapkan bahawa tempoh membaharui lesen perniagaan sedia ada dilanjutkan hingga Ogos depan dan pembayaran cukai ditangguhkan hingga tarikh sama,” katanya.

Sumber-BH