Ingatan Neitzel Pada Skuad Red Giants

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel mengakui s4ingan Liga Super amat suk4r dan aksi ke-10 men3ntang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini adalah satu lagi cab4ran g3tir buat anak buahnya.

Menurut Neitzel, tiada satu pun aksi liga yang boleh dianggap mudah oleh skuad Red Giants dengan semua pasukan mampu meraih kemenangan.

Lantas, jurulatih berasal dari Jerman itu mengingatkan pemainnya supaya berhati-hati dan tidak mengambil mudah pertemuan itu.

“Apa yang saya belajar pada bulan pertama di Malaysia, tidak ada langsung perl4wanan mudah dan itu realitinya. Sebelum ini saya ada menyaksikan aksi Sabah men3ntang UiTM FC dan kami kena berhati-hati.

“Tapi apa yang penting, kami perlu fokus kepada persiapan kami terlebih dahulu dan itu yang perlu dititikberatkan oleh pasukan,” katanya.

Selangor kini semakin menemui rentak kemenangan apabila dalam dua aksi terakhir liga menyaksikan juara 33 kali Piala Malaysia itu berjaya mengumpul enam mata maksimum.

Terbaharu, skuad Merah Kuning itu menew4skan Melaka United 3-2 di Stadium Hang Jebat pada Ahad lalu dan sebelum itu menundvkkan Perak FC 3-1 di halaman sendiri.

Sumber BH