Ingatkan P3ngsan Rupanya Lain Pulak

Kuala Selangor: Seorang lelaki tidak sedarkan diri terper4ngkap dalam kereta akibat m4buk di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Kuala Selangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, orang ramai yang melalui lokasi itu berasa cur!ga melihat kereta yang diparkir di hadapan restoran terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.11 malam.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikej4rkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, terdapat seorang lelaki berada dalam kereta dan tidak sedarkan diri.

“Anggota kemudian bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Operasi mengambil masa kira-kira 17 minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, pihaknya mendapati m4ngsa berusia 32 tahun itu m4buk dan tidur di dalam keretanya.

Beliau berkata, m4ngsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk diberikan rawatan awal dan dilaporkan stabil.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 8.30 malam,” katanya.

Sumber-MH