Isteri, Anak Rozaimi Positif Cov!d 19

Kuala Lumpur: Isteri dan dua anak lelaki peny3rang baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rozaimi Abd Rahman terpaksa dikuarantin selepas disahkan positif Cov!d-19.

Rozaimi yang baru menyertai Kedah pada hujung Disember lalu selepas kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir, mengakui kini menjaga anaknya di wad hospital sepanjang tempoh kuar4ntin itu.

Isterinya pula terpaksa di tempatkan di hospital lain dan bekas pemain kebangsaan itu mengakui kedua-dua anaknya dalam keadaan yang baik.

“Rayyan dan Riyyan positif Cov!d-19. Tidak s4kit tapi positif, aku yang negatif terpaksa temankan anak di wad.

“Isteri kena t4han di hospital lain dan tidak bersama anak-anak. Kasihan isteri seorang diri kena tahan.

“Setiap hari menangis kalau ‘video call’ dengan anak-anak. Jangan risau anak aku sihat ja dan aktif bermain,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Dalam post!ng itu juga, Rozaimi berkongsi perkembangan anaknya yang cukup aktif dan sihat.

“Katil di wad ini, dia orang buat macam taman permainan ja. Budak sihat dan budak kuat macam papa dia. Santai bosku.”

Sumber-MH