Isteri Khalid Buka Mulut Menjelaskan Segala Berkaitan Suami

“SAYA tengok muka kamu pun dah macam orang ut4n” itu antara pend3dahan Zarina Zainal, isteri bekas pemain kebangsaan Khalid Jamlus yang akhirnya membuka mulut menjelaskan segalanya berkaitan suami.

Zarina mend4kwa Khalid melakukan pelbagai kerja demi menyara keluarga selepas bersara dalam arena bola sepak.

Tampil menerusi akaun Facebooknya, Zarina menjelaskan Khalid sebenarnya bukan pem4las atau memilih pekerjaan seperti yang did4kwa sesetengah pihak malah melakukan pelbagai kerja berat tanpa memikirkan statusnya yang pernah bergelar sebagai bintang bola sepak negara.

Beliau berkata, suaminya pernah mengusahakan perniagaan penghantaran barang selepas bersara namun terp4ksa menutupnya berikutan dit!pu akibat terl4mpau percaya kepada orang lain.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu macam-macam kamu (Khalid) kerja sudah buat dan cuba selepas bersara daripada arena bola sepak.

“Selain sebagai jurulatih, kamu sudah buat perniagaan kargo samapi ikut pemandu lori hantar barang, paling jauh sampai Kuantan dan terp4ksa tutup perniagaan kerana kena t!pu (tak ada pengetahuan perniagaan dan cepat percaya orang sebab itu senang kena t!pu.. pad4n muka,” katanya.

Namun, lebih menarik perhatian, pemenang kasut emas 2002 itu juga pernah kerja berat dengan membersihkan hutan dan buat jalan raya.

“Selepas itu, kamu ikut orang buat kerja pembersihan hutan di Kuala Kangsar untuk projek… masuk hutan keluar hutan… sekali itu i tengok muka you pun dah macam orang ut4n.


Kenyataan di media sosial Isteri Khalid.

“Apa Lagi? Kerja dengan hantu, buat jalan… jalan tar tu!, dah macam orang minyak berkilat muka dan bila senyum nampak gigi saja,” katanya.

Selain itu, Zarina juga mend3dahkan Khalid mengambil keputusan menjual barang kesayangannya merangkumi pingat, jersi dan trofi kasut emas kerana tidak tahan apabila mengetahui isterinya di3jek individu lain.

“Saya tahu banyak faktor yang mend3sak kamu buat macam ini… sebagai anak, suami dan ayah juga, segalanya bermula bila tiada pekerjaan, orang ej3k isteri kamu.. kasihan laki tak kerja.

“Ibu dan ayah sak!t, nak kena bayar rumah yang kamu beli untuk ayah dan ibu waktu mula main bola selain anak nak membesar dan untuk isteri juga.

“Saya hormati apa jua keputusan kamu kerana mengenali kamu daripada bujang sudah mula pikul tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik beradik sehingga kahwin,” katanya.

Terdahulu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya cukup meng3jutkan ramai pihak sekali gus memb0ngkar kehidupan svkar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Khalid berkata, beliau mengh4rungi kehidupan yang p3rit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen kejurulatihan kelas B, dia mengakui agar svkar untuk mendapatkan pasukan termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya h4mpa.

Sumber-MH