Isu Tunggakan Gaji Sumareh Dikaitkan Lagi Dengan Pahang?

Isu tunggakan gaji pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kini memasuki episod baharu apabila Persekutuan Bola S3pak Antarabangsa (FIFA) telah mengarahkan Persatuan Bola S3pak Pahang (PBNP) membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka itu.

Perkembangan itu disahkan menurut laporan daripada New Straits Times hari ini.

Sumareh sebelum ini mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad tok gajah musim lepas sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak AS$ 5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua. Namun begitu, FIFA mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Jumlah US$1.2 juta yang diumumkan oleh FIFA adalah jumlah hut4ng dalam tahunan ditambah pula dengan pel4nggaran kontrak untuk musim 2020 dan 2021. Ini adalah jumlah terbesar yang telah diraihkan oleh pemain dari Liga Malaysia.

Pahang FA diberi tempoh selama 45 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu. Mereka juga boleh membawa k3s tersebut ke Mahkamah Timbang Tara sukan jika alasan yang dikemukakan oleh FIFA tidak cukup kuat untuk menghvkum mereka.

Kegagalan membayar tunggakan gaji kepada Sumareh menyaksikan Pahang bakal dikenakan hukvman sek4tan perpindahan dan juga pemot0ngan mata liga.

Sebelum ini, PBNP menafikan pemain yang berusia 26 tahun itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

Sumber-VocketFC