Itu La Tak Ikut Arahan, Kan Dah Kena

DUA penduduk dik0mpaun selepas ingk4r Perintah Kawalan Pergerakan Diperk3tatkan (PKPD) Bers4sar Secara Pentadbiran (Temco) di Kuala Sanglang, Kangar apabila dikesan keluar dari kawasan terbabit pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, dua lelaki berusia 47 dan 60 tahun yang memakai gelang merah jambu dikesan orang ramai ketika mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran dua lelaki terbabit selepas dihubungi orang awam yang berada di pejabat berkenaan.

“Anggota polis bertindak men4han dua lelaki itu di perkarangan pejabat LHDN. Mereka mend4kwa keluar dari kawasan Temco untuk mendaftar Bantuan Sara Hidup (BSH) di pejabat berkenaan.

“Mereka kemudian dik0mpaun RM1,000 setiap seorang dan mereka diiringi pihak berkuasa pulang ke kawasan Temco,” katanya ditemui selepas meninjau sek4tan jalan raya di Jalan Kuala Sanglang, hari ini.

Wari berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki terbabit mengaku tidak singgah ke kawasan lain sebelum ke pejabat LHDN.

“Kita menasihati orang ramai untuk tidak mengambil ringan langkah penc3gahan yang dilakukan pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Temco.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Penc3gahan dan Peng4walan Penyakit Berj4ngkit 1988,” katanya.

Sumber-MH