Jadi Pemb4kar Semangat Melaka United

Melaka: Kemenangan 3-2 Melaka United ke atas Selangor FC dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput kelmarin memb4kar semangat pemain untuk memberikan terbaik dalam baki sa!ngan liga musim ini.

Pengurus pasukan MU, Muhammad Akram Abdullah berkata, keputusan terbabit bukan ukuran sebenar kekuatan pasukan namun apa yang penting pemain berjaya menterjemah persembahan berkualiti sepanjang 90 minit perl4wanan.

Katanya, walaupun sekadar aksi pemanas badan namun ia juga pengukur buat jurulatih membentuk tahap persembahan yang diharapkan sepanjang s4ingan selepas ini.

Menurutnya, dia lega seluruh pemain berjaya membuktikan kesungguhan dan keyakinan tinggi dalam aksi berkenaan untuk tidak menghampakan peminat dalam usaha memperbaiki kedudukan.

“Justeru saya yakin dengan apa yang ditunjukkan dalam perl4wanan persahabatan men3ntang Selangor FC ini yang memberi isyarat jelas mereka sudah bersedia.

“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi penyokong MU khususnya akan merasakan satu perubahan berbeza daripada pemain terutamanya dalam aspek ser4ngan,” katanya.

Apapun, dia menganggap kemenangan itu memberi gambaran positif menjelang aksi men3ntang Sri Pahang Ahad ini di Kuantan.

Gol kemenangan MU dalam perl4wanan berkenaan dihasilkan menerusi Sony Norde pada minit ke-9 dan Giovane Gomes da Silva (m- 16 dan 29), sementara gol l4wan menerusi Ifedayo Olusegun m-63 dan Nik Sharif m-87.

Sementara itu, pengendali MU, Zainal Abidin Hassan berkata perl4wanan berkenaan penting untuk mengukur tahap keupayaan pemain dan persefahaman pasukan.

Justeru, dia akan mengunakan kesempatan kem latihan berpusat 2.0 ketika ini untuk memperbaiki segala kel3mahan yang dikenal pasti menjelang aksi berdepan Sri Pahang.

Sumber-MH