Jadi Tatapan Peminat Maradona

Kannur: Walaupun India adalah negara yang terkenal dengan sukan kriket, kem4tian Diego Maradona turut mengejutkan salah sebuah negeri di negara berkenaan yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari dan penyokong pula berkumpulan di bilik hotel yang pernah diduduki legenda bola s3pak itu.

Legenda bola s3pak Argentina itu, yang men!nggal dunia awal pagi ini pada usia 60 tahun, sangat dihormati di negeri Kerala tatkala kulit udang yang pernah dimakan ketika lawatan pada 2012 juga turut dikeringkan dan diletakkan bingkai.

Sebilangan peminat dan wartawan menuju ke Hotel Blue Nile di Kannur untuk memberikan penghormatan selepas kerajaan negeri berkenaan mengumumkan tempoh berkabung serta pemuzik tempatan pula mengalunkan lagu ditujukan khas kepada legenda berkenaan.

“Dewa kami sudah sampai, beliau berada di depan kami,” katanya kepada AFP.

Lawatan Maradona menimbulkan kekec0han di negeri bahagian selatan India itu, yang mengubah tradisi sukan daripada kriket kepada bola sepak.

Veleimbra masih ingat peristiwa di mana segerombolan peminat memakai jersi biru dan putih Argentina dengan memenuhi jalan raya dan ada yang menempuh perjalanan beratus kilometer menaiki kereta, bas serta basikal.

Apa saja barang yang Maradona sentuh di Bilik 309 semuanya dijadikan bahan pameran.

Sumber-MH