Jambatan Tempat Melepaskan Rindu

KUALA TERENGGANU – Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memberi amaran kepada 15 pasangan kekasih yang sedang melepaskan rindu di sekitar jambatan angkat (drawbridge) dalam operasi menc3gah maks!at di sekitar kawasan itu.

Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen perkahwinan ketika operasi yang dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) itu.

Penasihat Skuad Amar, Yusof Abdul Hadi berkata, sepasang kekasih turut dit4han kerana dikesan melakukan perbuatan tidak berm0ral.

“Skuad Amar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tind4kan tetapi kita serahkan kepada pejabat agama daerah.

“Kita bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada masyarakat supaya menjaga tingkah laku tempat awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Antara poster yang ditampal di sekitar drawbridge untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjauhi perbuatan tidak sopan serta kesal4han dibawah jen4yah syar!ah. – Foto Skuad Amar

Menurutnya, selain melakukan pencegahan aktiviti m4ksiat dan perbuatan tidak berm0ral pasukan itu juga mengedarkan risalah dan mengg4ntung poster berkaitan kesal4han jen4yah syar!ah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berkunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau memberitahu, Skuad Amar melakukan rondaan secara berkala terutama pada hujung minggu atau hari cuti umum di lokasi tumpuan orang ramai.

Op3rasi antara jam 11 malam hingga itu 2.30 pagi itu mendapat kerjasama seramai 20 anggota termasuk Pegawai Penguatkvasa Sy4riah serta Sukarelawan Amar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Sumber-SH