Jaminan Melaka United

Melaka: Melaka United Football Club (MUFC) Sdn Bhd bersama Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) berjaya menjelaskan tunggakan gaji dan elaun pemain skuad berkenaan lebih RM915,000.00 secara keseluruhan setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata ianya juga membabitkan caruman tungg4kan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diselesaikan menjelang sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Beliau berkata, antara lain yang berjaya dilunaskan termasuk tungg4kan gaji dan elaun peny3rang import musim lalu, Uche Agba serta bekas pemain, Curran Lawrence Singh Ferns.

Menurutnya, tungg4kan keseluruhan gaji bagi bekas pemain import dari Thailand, Narupon Wild Putsorn pula akan dilunaskan dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan lar4ngan pendaftaran pemain pada jendela perpindahan kedua Liga M 2021.

“Pembayaran tungg4kan gaji dan elaun pemain dan pegawai musim 2020 juga sudah mula dibayar mengikut jadual pembayaran yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

“Pembayaran berjadual ini membabitkan seramai 17 pegawai pasukan musim lalu dan 18 pemain yang masih kekal bersama pasukan 2021,” katanya.

Beliau berkata, sementara tungg4kan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah mula dibayar mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Sumber-MH