Jangan Bimbang “Buaya Itu Tidak Mengganggu”

Port Dickson: Orang ramai tidak perlu bimbang atau pan!k dengan berita tul4r di fb mengenai dakw4an individu ternampak buaya dianggarkan sepanjang empat meter di kawasan Pengkalan Nelayan Bagan Pinang, di sini, semalam.

Nelayan, Azmi Abu Bakar, 65, berkata dia percaya dengan dakw4an itu kerana kerap nampak buaya di sekitar perairan ini sejak beberapa tahun lalu.

“Buaya jenis tembaga dipercayai berasal dari Kuala Lukut dan kawasan ini tempat laluan antara Kuala Lukut hingga ke Kuala Linggi.

“Saya percaya ia buaya sama pernah saya lihat, tetapi buaya ini tidak mengganggu orang atau nelayan kerana belum pernah lagi kami dengar k3s orang dig! git buaya di perairan Port Dickson.

“Buaya itu kemungkinan berhenti rehat di pantai Bagan Pinang sebelum meneruskan perjalanan balik ke habitat asalnya ke Kuala Lukut dari Kuala Linggi,” katanya ketika ditemui di pengkalan nelayan berkenaan, hari ini.

Katanya, video ditul4rkan individu itu mengenai kewujudan buaya terbabit boleh men4kutkan orang ramai yang mahu beriadah di kawasan itu.

“Saya cukup yakin, ia buaya yang sama kerana biasanya ia keluar apabila berlaku air pasang penuh dan ia keluar berjumpa ‘saudaranya’ di Kuala Linggi dan kembali semula di Kuala Lukut.

“Malam tadi kemungkinan ia berhenti rehat dan ada individu dipercayai pemancing nampak serta menul4rkannya.

“Apa yang saya bimbang ialah ia men4kutkan pengunjung dan orang ramai yang mahu datang beriadah di kawasan ini, sedangkan pada hakikatnya ia tidak memb4 hayakan dan tidak datang ke kawasan ramai orang,” katanya.

Semalam, tul4r  mengenai dakw4an ada individu ternampak buaya sepanjang empat meter di kawasan Bagan Pinang Port Dickson.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan rasmi berhubung penemuan buaya di kawasan Bagan Pinang.

Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu akan meneliti maklumat tul4r itu bagi memastikan kejadian itu benar-benar berlaku.

“Kami akan si4sat terlebih dahulu sebelum mengesahkan ia berlaku di kawasan perairan Port Dickson.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu mengenai penemuan buaya di Port Dickson.

“Orang ramai terutama pengunjung di pantai Port Dickson dinasihatkan tidak perlu pan!k dan sekiranya ternampak sesuatu yang mencur!gakan, segera melaporkan kepada kami (Perhilitan),” katanya.

Sumber-MH