Jangan Mudah Percaya Janji Bulan Dan Bintang

PENY3RANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis terutama berkenaan tawaran beraksi di luar negara.

Peringatan itu diluahkan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali yang mengakui bimbang dengan situasi yang membel3nggu Luqman ketika ini.

Katanya, Luqman perlu bijak menguruskan masa depannya dengan mendapatkan nasihat yang betul supaya dia tidak menjadi m4ngsa pihak yang mahu mengambil kesempatan ke atas pemain berusia 18 tahun itu.

Jelasnya, teguran pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini harus dipandang positif, malah kenyataan itu hadir daripada tokoh bola sepak yang berjaya di dalam negara ini.

“Saya mengikuti perkembangan semasa bola sepak dalam negara mengenai pemain tempatan ke luar negara dan terpanggil sebagai Presiden PFAM untuk memberi nasihat supaya pemain muda seperti Luqman Hakim tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan diri mereka.

“Pemain perlu tidak mudah percaya kata-kata manis mana-mana pihak yang menjanjikan bulan dan bintang, sepertimana yang sering diperkatakan oleh penaung PFAM, Tunku Ismail dan kata-kata baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya.

“Saya faham jika ada yang mempertikaikan mereka yang tidak mempunyai sebarang pencapaian atau pengalaman.

“Tetapi tidak logik pula mempertikaikan Tunku Ismail seorang yang menguruskan kelab paling berjaya di negara atau Asia Tenggara di luar dan di dalam padang.

“Bercampur dengan pelbagai pihak dalam dunia bola sepak seperti pemilik kelab, ejen dan pemain dan seorang yang tahu ‘bisnes’ bola sepak ini macam mana,” kata Safee yang pernah berkelana ke Liga Indonesia pada 2011.

Sebelum ini, Tunku Ismail mendedahkan tawaran kelab Belgium, KV Kortrijk kepada Luqman disebabkan oleh desakan pemimpin politik negara dan bukannya secara merit.

Pendedahan itu dibuat bagi mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mengambil kesempatan untuk meraih dan meningkatkan populariti diri sendiri di atas bakat Luqman.

Selain tawaran KV Kortrijk, difahamkan pemain yang dilahirkan daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu turut diburu kelab England dan Jerman.

“Kini kelihatan ada yang mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara itu adalah tidak benar. Cukup-cukuplah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” kata Safee.

Sumber-MH