Jangan Senarai Hitamkan Peminjam Bermasalah

SEMUA rekod peminjam bermasalah kesan pand3mik Covid-19 tidak wajar dimasukkan ke dalam sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos) sepanjang program penjadualan semula dan penstrukturan semula (R&R).

Perkara itu dibangk!tkan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon yang turut menyarankan supaya peminjam berurusan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diberi ‘bantuan’ sama.

Beliau khuatir peminjam akan menghadapi masalah membuat pinjaman pemulihan perniagaan mereka di masa hadapan terutama membabitkan perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) jika langkah itu diambil.

“DPMM menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan akan memberikan pelepasan automatik kepada pemivtang selepas tiga tahun diisytiharkan mvflis,” katanya pada sidang media di Bukit Damansara di sini, tadi.

Menurutnya, lanjutan moratorium dan bantuan bank bers4sar mampu meringankan beban peminjam yang terj3jas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

“Tempoh lanjutan moratorium berkenaan penting untuk mereka memulihkan kehidupan, pekerjaan dan perniagaan mereka.

“DPMM juga berharap bank negara dan kesatuan perbankan lain dapat menerima bayaran peminjam serendah RM1 memandangkan impak pand3mik masih lagi dirasai.

“Ini secara tidak langsung dapat memberi nafas baru dalam membantu golongan mvflis bangk!t semula lebih-lebih lagi ketika negara sedang mengalami kelembapan ekonomi,” katanya.

Tambahnya, usahawan Melayu yang terkesan akibat pand3mik Covid-19 turut boleh menyalurkan masalah mereka di laman web adubisnescovid19@dpmm.org.my.

Sumber-MH