Jangan Tersilap Pilih Dan Perlu Bijak

PERSATUAN Bolasepak Negeri (FA) yang bercadang melepaskan tanggungjawab menguruskan pasukan kepada pihak tertentu perlu bijak membuat pilihan bagi mengelak masalah berlaku dikemudian hari.

Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, sebelum ini berlaku kes pihak yang menguruskan pasukan negeri berhadapan masalah hingga mem4ksa mereka men4rik diri dan akhirnya persatuan dihidang dengan beb4nan kewangan.

Tegasnya, episod umpama penyewa rumah pindah waktu malam diharap tidak terus berlaku apabila pasukan diurus oleh pihak yang cetek pengalaman dan lebih penting sekali kurang sumber kewangan untuk dibelanjakan sepanjang musim.

Katanya, banyak pihak atau individu yang bercita-cita besar untuk mengambil alih pasukan negeri atau dengan kata lain penswastaan namun pada masa sama mereka tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh hingga mengundang masalah kepada pihak pengurusan dan pemain apabila tidak menerima gaji serta imbuhan lain.

“Nasihat saya kepada persatuan yang ingin meletakan pasukan di bawah pengurusan baharu supaya meneliti pelbagai asep terutama membabitkan perjanjian, perbincangan secara profesional perlu dilakukan supaya kedua belah pihak tidak berhadapan masalah.

“Dan paling utama sekali ialah sumber kewangan perlu dilihat, pihak terbabit perlu meletakan wang cag4ran sebagai bukti seterusnya dapat digunakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini,” katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau menambah, apabila episod penyewa rumah pindah waktu malam yang menanggung akibat ialah pemain, bukan sahaja tidak menerima gaji tetapi juga berhadapan pelbagai tungg4kan imbuhan lain yang dijanjikan.

Dalam perkembangan sama Jamal Nasir berpendapat tiga pasukan Liga Super (dua) dan Liga Perdana yang bakal berhadapan hukvman turun ke Liga Amatur atau Liga M3 musim depan perlu segera berusaha menyelesaikan kem3lut yang mereka hadapi.

Katanya, kanc4h Liga Super musim depan sedikit h4mbar apabila jumlah pasukan dikurangkan, episod berkenaan tidak seharusnya berlaku hingga menj3jaskan imej sukan bola sepak negara.

Jamal Nasir menambah, peluang yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pasukan bermasalah perlu dir3but supaya tidak dikenakan tindakan.

“Saya yakin berbaki masa yang ada dapat digunakan sebaik mungkin oleh tiga pasukan terbabit untuk menyelesaikan kem3lut dihadapi, pihak pengurusan perlu duduk semeja berbincang demi masa depan sukan bola s3pak,” katanya.

Sumber-MH