Jawapan Pihak Berkuasa Kepada Kes Ini

POLIS menafikan hantaran seorang wanita di laman Facebook pada 29 Jun lalu mend4kwa pihak berkuasa itu gagal mengambil tindakan terhadap kes pem3rasan dilakukan oleh g4ngster di Kampung Bedrock, Bidor di Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima mesej tvlar pada 5 Julai lalu mend4kwa pemilik tanah dan pekerja sering diganggu oleh g4ngster dengan meminta wang perlindungan RM10,000 setahun.

Menurutnya, wanita itu juga mend4kwa bayaran wang perlindungan itu sebagai jalan penyelesaian daripada diganggu oleh g4ngster terbabit.

“Hasil siasatan awal terdapat satu laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 58 tahun pada 1 Julai lalu memaklumkan dia dit4han tiga lelaki tidak dikenali meminta wang perlindungan untuk masuk ke kebun dan kolam ternakan ikan di kampung terbabit.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 28 Jun lalu ketika lelaki terbabit bersama pekerja pergi ke kebun untuk melihat kawasan projek ternakan ikan dan ayam miliknya.

“Dia kemudian dit4han oleh tiga lelaki yang meminta RM10,000 sebagai wang perlindungan jika melalui kawasan mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, bertindak hasil risikan, polis men4han seorang lelaki berusia 60-an dipercayai susp3k pada 1 Julai lalu sebelum dir3man dua hari bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan, malah pemilik akaun Facebook itu juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Justeru, pihak polis menafikan kenyataan dikeluarkan oleh wanita terbabit dalam laman sosial Facebook mend4kwa tiada tindakan lanjut diambil berhubung kejadian.

“Siasatan kes dibuat mengikut S3ksyen 384 Kanun Kes3ksaan dan kertas siasatan juga sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pend4kwa Raya pada 6 Julai lalu, tetapi dikembalikan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber-MH