JDT Merupakan Contoh Yang Paling Hampir

KELAB Liga Malaysia (Liga-M) memasuki tahun pertama penswastaan musim ini perlu bijak dan kreatif dalam menj4na pendapatan dan pemasaran bagi mengelak mas4lah tungg4kan gaji kembali berulang pada masa depan.

Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Radha Krishnan berkata, selaras dengan pertukaran nama, strategi dan logo, kelab Liga-M perlu menukar ment4liti dan cara kerja, bagi menjaga k4ntung yang terkesan berikutan pengurangan kut!pan tiket dan royalti hak penyiaran, susulan pand3mik Cov!d-19.

Katanya, pihak pengurusan kelab yang kini dikenali dengan kelab bola s3pak (FC), perlu berfikiran kreatif dalam menj4na pendapatan menerusi kaedah seperti penjualan jersi, cenderamata dan barangan berkaitan pasukan.

Mengambil kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool sebagai contoh, beliau berkata, ia bukan sahaja sebuah kelab bola sep4k, namun sebuah jenama yang mempunyai pasaran mencecah ratusan juta Pound Sterling.

“Jika Liverpool terlalu besar untuk dibandingkan dengan kelab kita, ambil sahaja Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai contoh paling hampir. Jersi yang dilancarkan mereka mencapai jualan RM1.6 juta (8,600 jersi), malah habis terjual hanya dalam tempoh kurang lima jam, ia dipasarkan secara dalam talian.

“Adakah pasukan lain mampu bekerja seperti JDT? Kelab-kelab perlu menjana pendapatan mereka sendiri. Jadi apa yang boleh mereka mula lakukan, menjual barangan berkaitan kelab. Anda kena faham, apabila anda mula menjual barangan, t-shirt, orang akan kenal kelab, jadi branding akan menjadi lebih popular,” katanya.

Menurut Krishnan, kelab perlu mengorak langkah dan tidak boleh berg4ntung selama-lamanya kepada subsidi daripada Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sep4k Malaysia (MFL).

Mengulas lanjut, bekas naib presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) itu berkata, kebanyakan kelab di Malaysia selama ini kurang bijak dalam menggunakan stadium, sebagai sumber pendapatan tambahan.

Membandingkan situasi di Eropah yang menjadikan stadium sebagai rumah pasukan, menempatkan muzium, tugu kebanggaan dan dewan kemasyhuran, beliau secara sinis berkata stadium di Malaysia sering menjadi rumah burung dan kelawar.

“Di luar negara mereka menggunakan stadium untuk pasar barangan, hari minggu orang datang berniaga barang-barang mereka di depan stadium. Ramai orang datang, jadi stadium akan memberikan sewaan, tetapi stadium di sini semua (seperti) gajah putih.

“Sepatutnya ada muzium kecil, info mengenai legenda pasukan dari tahun 60-70 dan cenderahati. Buat satu bahagian, satu tempat letak gambar-gambar pemain yang pernah wakil negeri atau Malaysia. Boleh dikenakan bayaran masuk, dan itu akan menjadi pengalaman nostalgia buat pengunjung atau penyokong,” jelasnya.

Sumber SH