Jentera Serangan Baharu Bakal Tambah Sengat

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan bahawa mereka menandatangani dua pemain import baharu iaitu pemain Brazil, Ivan Carlos dan pemain Filipina, Adam Reed bagi sa!ngan musim 2020.

Ivan Carlos dilihat bakal menggantikan Lazarus Kaimbi di bahagian ser4ngan manakala Reed akan mengisi posisi tengah pasukan.

Carlos beraksi dengan kelab Cyprus, AEL Limassol tahun lalu manakala Reed beraksi dengan kelab Thailand, Chainat Hornbill musim lepas.

“Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian ser4ngan dan tengah,” katanya kepada BH Sukan.

Setakat ini, Pahang hanya mempunyai Carlos, Reed dan pertahanan Herold Goulon dengan dua kekosongan import masih belum diisi.

Menurut Suffian, Pahang dijangka menambah seorang lagi pemain peny3rang dan seorang lagi di bahagian tengah.

Sumber : football-tribe